“Junior, Balik!” – Kucing Ini Laju Balik Rumah Bila Dengar Mak Panggil Dari Tingkat Atas
Share

Masih ingatkah nostalgia ketika zaman kecil-kecil dahulu ketika kita sedang bermain bersama rakan-rakan pada waktu senja dan ibu panggil untuk pulang ke rumah?
Memang laju masing-masing berlari masuk ke rumah sebelum si ibu meninggikan suara.
Suara ibu mempunyai satu aura yang begitu kuat lagi-lagi jika si ibu mula meninggikan suaranya, pasti bergetar lutut mendengar, kan?
Bukan sahaja manusia yang dapat merasai aura tersebut bahkan binatang juga gerun apabila mendengar suara pemiliknya panggil pulang.
Seperti tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang wanita memanggil kucingnya pulang ke rumah daripada tingkat atas sebuah apartmen.