Kajian: 'Kelipan Mata Perlahan', Teknik Berkesan Buatkan Kucing Suka Anda - Verst );

Type to search

Cattiviti Haimeow

Kajian: ‘Kelipan Mata Perlahan’, Teknik Berkesan Buatkan Kucing Suka Anda

Avatar
Share

Dalam satu kajian baru, para saintis melakukan satu eksperimen bagi mengetahui keberkesanan ‘senyuman kucing’, iaitu kelipan mata perlahan yang dilakukan oleh kucing ketika merasa gembira, yang dapat dibalas kembali oleh pemiliknya.

“Kajian ini meneliti mengenai kepentingan komunikasi tingkah laku kucing yang melibatkan kelakuan mengecilkan mata, disebut sebagai kelipan mata perlahan,” jelas para saintis.

“Kelipan mata perlahan biasanya melibatkan kelipan separuh diikuti dengan kelipan mata yang berpanjangan atau menutup mata.”

Kelipan perlahan berlaku dalam konteks tertentu yang telah membantu para saintis menyatakan bahawa perbuatan itu, paling tidak, adalah perasaan yang baik.

“Mata adalah penting dalam memberi isyarat emosi, dengan perbuatan mengelip mata adalah terkait dengan emosi positif dalam pelbagai spesies.”

Untuk eksperimen ini, para penyelidik mengunjungi pemilik kucing dan menunjukkan cara mengelip mata perlahan-lahan untuk memastikan semua pemilik melakukannya dengan cara yang sama.

Para saintis menjelaskan:

“Eksperimen tersebut menunjukkan aksi kelip mata perlahan, menutup mata (bertahan lebih dari 0.5 saat), dan memberikan nasihat secara lisan tentang bagaimana untuk melakukan riak wajah yang berkait dengan kelipan mata perlahan.

Saintis juga memberi arahan lisan mengenai kekuatan kelipan ini dan meminta para pemilik untuk melakukannya untuk memeriksa sama ada betul atau tidak, dan membetulkan mereka jika perlu.”

Perkara yang paling penting adalah, “kucing-kucing berkenaan ada sepanjang eksperimen.”

Setelah kucing yang terlibat dalam eksperimen berada di tempat yang selesa, pemiliknya menghampiri dan melakukan kelipan mata perlahan yang diajar.

Para saintis memerhatikan tempoh berapa lama setiap kucing kekal dalam posisi serta memantau jumlah pergerakan mata ketika eksperimen.

Dalam percubaan kedua, para saintis melihat reaksi kelipan mata perlahan dengan pergerakan “mengulurkan tangan terbuka”.

Saintis mendapati bahawa kucing memberi tindak balas yang lebih baik kepada pemiliknya, orang asing, dan pergerakan “mengulurkan tangan terbuka” setelah dipengaruhi oleh kelipan mata perlahan.

Para penyelidik membuat kesimpulan:

“Kajian ini membuktikan bahawa kucing melihat kelipan mata perlahan sebagai satu cara yang positif, kerana mereka lebih suka mendekati manusia setelah terdapat interaksi kelipan mata perlahan, berbanding jika seseorang menunjukkan ekspresi wajah neutral tanpa hubungan mata secara langsung dengan kucing tersebut.”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!