“Kalau Namanya Oyen Memang Gangster” – Gelagat Kucing Oren Tiba-tiba Serang Anjing Cuit Hati Netizen
Share

Sebuah video yang menunjukkan seekor kucing oren menyerang seekor anjing yang sedang berehat mencuit hati warga internet.
Video tersebut menunjukkan kucing berkenaan yang dilepaskan oleh seseorang tiba-tiba meluru laju ke arah seekor anjing yang sedang berehat dan melompat ke arah mukanya seperti labah-labah.
Netizen geli hati melihat gelagat kucing oren yang dikenali dengan kenkalannya.
"Oyen" That's all you need to know. pic.twitter.com/mJiJnYKMFS
— Toon Seri Anthraxxxx (@anthraxxxx) September 7, 2020