Kantoi Cuba Selongkar Makanan, Kucing Ini Jawab 'Nothing' Apabila Ditanya Tuannya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Kantoi Cuba Selongkar Makanan, Kucing Ini Jawab ‘Nothing’ Apabila Ditanya Tuannya

Share

Kucing sememangnya mempunyai naluri yang tinggi terutamanya apabila melibatkan makanan. Mereka pasti dapat membaca di mana anda meletakkan makanan walaupun anda cuba menyembunyikan di tempat yang tersorok sekalipun.

Sebuah video TikTok yang menunjukkan kucing sedang menyelongkar laci di mana tempat tuannya menyembunyikan makanan tular kerana jawapan lucu kucing tersebut apabila ditanya.

Kucing yang bernama Mikey itu kedengaran seperti berkata “nothing” dengan muka yang bersalah apabila tuannya bertanya apa yang sedang dilakukan olehnya.

Video berkenaan dikongsi oleh tuannya di akaun TikTok mikeymoments. Netizen merasa geli hati dengan gelagat Mikey yang cuba ‘cover‘ perbuatannya itu dan bunyi meownya yang kedengaran seperti ia berkata “nothing“.

[Sumber: TikTok mikeymoments]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!