Kejam! Kucing Di China Dibunuh Tanpa Perikemanusiaan Untuk Bulu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Kejam! Kucing Di China Dibunuh Tanpa Perikemanusiaan Untuk Bulu

Share

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai siaran Facebook oleh Anti-Fur Society tentang nasib kucing yang diperlakukan dengan kejam di China.

Menurut aktivis kebajikan haiwan tersebut, kucing-kucing di negara tembok besar itu ditangkap oleh ‘gangster-gangster’ jalanan dengan kejam dan dijual ke penjual daging.

Kucing-kucing tersebut kemudiannya direndam dalam air panas sehingga mati dan disiat bagi mendapatkan kulitnya untuk dibuat pakaian.

Siaran tersebut meraih 157,000 perkongsian dan 33,000 komen oleh netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Anti-Fur Society turut menggesa orang ramai supaya menyokong dan membantu mereka dalam program pemandulan yang dijalankan melalui laman web mereka www.People4ChineseAnimals.org

China sebenarnya bukanlah asing dalam isu kekejaman haiwan kerana sebelum ini pun mereka pernah membangkitkan kemarahan dunia dalam beberapa siri kekejaman haiwan, paling mendapat perhatian adalah festival daging anjing yang dianjurkan secara tahunan di bandar Yulin.

Selain itu, China juga pernah dikecam kerana menjual haiwan hidup di dalam keychain dan menjual daging kucing sebagai daging arnab.

Salah satu punca kegiatan ini berleluasa tanpa sebarang penguatkuasaan adalah kerana China tidak mempunyai undang-undang khusus terhadap kekejaman haiwan.

Siasatan PETA terhadap industri bulu di China pada 2005 mendapati bahawa anjing dan kucing diletakkan di dalam sangkar yang sempit dan dibaling-baling begitu sahaja.

Selepas hampir 15 tahun, tiada apa yang berubah terhadap industri bulu di negara itu.

Laporan ACTAsia yang disiarkan pada Julai mendapati bahawa China masih kekal sebagai pengeluar dan pengguna produk bulu haiwan di dunia.

[Foto: Facebook Anti-Fur Society]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!