Kempen "Shop For HOPE" Beri Harapan Buat Haiwan Peliharaan Terbiar - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kempen “Shop For HOPE” Beri Harapan Buat Haiwan Peliharaan Terbiar

Share

Jenama produk penjagaan haiwan kesayangan WHISKAS dan PEDIGREE bekerjasama dengan sebuah pertubuhan NGO Persatuan Perlindungan dan Peliharaan Haiwan Terbiar Skudai – Homeless & Orphan Pets
Exist (HOPE) dalam melancarkan kempen “Shop for H.O.P.E.” di Shopee.

Kempen yang berlangsung sehingga 6 Disember ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi menampung kos pemakanan dan tempat tinggal serta program pendidikan, dan seterusnya memperbaiki kehidupan haiwan peliharaan.

Menurut HOPE, kes haiwan terbiar meningkat sebanyak 30% sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini mungkin disebabkan oleh beban kewangan yang dihadapi oleh pemilik-pemilik haiwan.

Sejajar dengan perkara tersebut, sumbangan kepada tempat perlindungan haiwan HOPE yang terletak di Pekan Nenas, Johor turut menjunam.

Secara purata, HOPE memerlukan 1.2 tan (1,200 kg) makanan haiwan untuk menyara lebih daripada 3,000 ekor anjing and 200 ekor kucing setiap hari.

Ini menelan belanja berjumlah RM140,000 setiap bulan. Sebanyak RM20,000 lagi diperlukan untuk perbelanjaan perubatan dan lain-lain.

Pengarah D-Dagang Nutrisi Haiwan Peliharaan Mars Petcare Asia Tenggara, Phua Fui Ching berkata: “Sering kali, kami menemui artikel, berita atau video di media sosial mengenai haiwan terbiar yang menyayat hati.

“Kami di Mars Petcare percaya bahawa haiwan peliharaan menjadikan dunia dan kehidupan lebih indah. Kolaborasi dengan HOPE dan Shopee ini merupakan satu inisiatif yang mendokong visi kami untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan di mana mereka sihat, bahagia dan disayangi,” katanya.

Melalui kempen ini, pencinta haiwan dan pengguna Shopee boleh memberikan sumbangan RM10, RM20 atau RM50. Disamping itu, 10% daripada setiap pembelian melalui kedai rasmi Whiskas and Pedigree di Shopee akan disalurkan sebagai produk yang akan dipersembahkan kepada HOPE.

WHISKAS dan PEDIGREE juga akan menawarkan baucar di kedai dengan potongan RM7 dengan perbelanjaan minimum RM70 dan potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk mendorong pencinta haiwan untuk membeli lebih banyak dari kedai. Langkah ini adalah ganjaran untuk sumbangan pencinta haiwan yang membantu mencapai sasaran tersebut.

“Melalui kolaborasi ini, kami berharap untuk mengumpul sumbangan sekurang-kurangnya RM10,000 dalam bentuk makanan haiwan bagi membantu meringankan beban HOPE,” tambah Phua.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!