Kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ Royal Canin Kembali Dengan Sokongan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Lebih Banyak Aktiviti
Share

Royal Canin kembali lagi tahun ini dengan kempen ‘Take Your Cat To The Vet’ bagi memupuk kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan yang kerap untuk kucing-kucing.
Kempen yang masuk edisi keempat ini mendapat sokongan padu daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), International Society of Feline Medicine (ISFM), dan International Cat Care.