Kenali Apa Itu Fading Kitten Syndrome - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kenali Apa Itu Fading Kitten Syndrome

Avatar
Share

Apabila berlaku kelahiran anak kucing, pemilik kucing pastinya kita akan merasa gembira seperti menyambut kelahiran anak sendiri.

Tetapi, kadang-kala kegembiraan itu cuma seketika kerana jangka hayat anak kucing yang dilahirkan tidak lama

Untuk pengetahuan anda, Fading Kitten Syndrome merujuk kepada anak kucing yang dalam lingkungan waktu kelahiran sehingga bercerai susu badan atau dalam lingkungan empat atau lima minggu.

Dalam peringkat umur sebegini, anak kucing mudah terkena pelbagai penyakit seperti hypothermia (suhu badan rendah), dehydration dan jangkitan kuman.

Bagi anak kucing yang mempunyai masalah fizikal atau masalah kesihatan sejak lahir, mereka biasanya mempunyai jangka hayat yang pendek.

Kenal Pasti Anak Kucing Yang Sakit

Bagi mengenal pasti dalam lingkungan umur atau apa atau tanda-tanda anak kucing anda mempunyai masalah kesihatan, anda boleh melihat dari sudut pembuangan najis anak kucing berkenaan.

Selain daripada sudut pembuangan najis, anda juga dapat mengenal pasti anak kucing yang sakit jika anak kucing berkenaan menangis secara melampau selepas menyusu atau tidak selesa.

Daripada keadaan yang anda lihat itu, anak kucing berkenaan akan kelihatan lemah tidak bermaya.

Jika anak kucing berkenaan telah dijangkiti kuman, mereka boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Jika anda masih tidak tahu atau ragu-ragu, anda boleh perhatikan beberapa simptom biasa berikut:

  • Abdominal distension (kembung perut)
  • Mengeluarkan lendir yang berwarna kelabu pucat atau kuning pada lapisan kulit
  • Kerap bersin
  • Pernafasan yang kasar/tidak teratur
  • Tubuh badan menjadi susut’

Sebenarnya, anda tidak perlu tunggu simptom di atas jika anda benar-benar menitikberatkan kesihatan anak kucing anda

Jika anak kucing anda hanya muntah-muntah dan kehilangan cecair yang banyak, segeralah bawa anak kucing berkenaan ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Bukan semua penyakit dapat dikesan dengan mata kasar, kerana keadaan fizikal dan masalah kesihatan lain akan mempengaruhi jangka hayat anak kucing berkenaan.

6 Punca Fading Kitten Syndrome

1. Ibu Kucing

Apa sahaja yang datang daripada ibu kucing – baka, umur, tahap kesihatan, tahap nutrisi, jenis darah dan sebagainya – mempengaruhi risiko untuk anak-anak kucing menghidapi masalah Fading Kitten Syndrome.

2. Anak Kucing Kerdil

Untuk anak kucing yang normal dan sihat, kebiasaannya berat anak kucing adalah antara 90 sehingga 100 gram, dan berat ini kebiasaannya akan bertambah sebanyak 10 ke 15 gram setiap hari. Apabila anak kucing mencecah umur dua minggu kelahiran, berat mereka akan bertambah sebanyak dua kali ganda!

Tetapi bagi anak kucing yang tidak sihat atau lahir dalam peringkat pramatang, ia mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti pembentukan paru-paru tidak matang. Namun, bukan semua anak kucing yang kecil menghadapi Fading Kitten Syndrome.

3. DNA

Mengikut kajian, baka kucing asli menunjukkan hayat anak kucing menjadi lebih panjang sebanyak 34% berbanding anak kucing dari baka kacukan yang mempunyai jangka hayat 10% hingga 17% sahaja.

4. Jangkitan

Jangkitan seperti bakteria, virus, protozoa, parasit luar dan dalam tubuh anak kucing akan menyebabkan Fading Kitten Syndrome berlaku. Jangkitan bakteria akan berlaku apabila terdapat masalah pada bahagian pernafasan, gastrointestinal tract (masalah usus) atau jangkitan boleh berlaku apabila mereka mempunyai luka.

Tetapi ada sesetengah virus atau parasit akan menjangkiti anak kucing melalui placenta dan susu. Oleh itu, bagi anak kucing yang terkena jangkitan ini harus segera dibawa ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan.

5. Suhu Persekitaran

Persekitaran juga mampu memberi kesan terhadap anak kucing. Jika suhu persekitaran tidak sesuai untuk anak kucing, ia akan menyebabkan jangka hayat anak kucing itu menjadi singkat.

Berikut adalah tahap suhu yang sesuai untuk anda gunakan sebagai rujukan:

  • Awal kelahiran – 35 hingga 36.6 darjah celcius
  • Minggu kedua dan ketiga kelahiran – 36 hingga 37.7 darjah celcius
  • Minggu keempat kelahiran – 37.7 hingga 38 darjah celcius

6. Toksin

Kandungan toksin di kawasan persekitaran anak kucing yang baru lahir berpotensi untuk menyumbang kepada masalah Fading Kitten Syndrome. Toksin boleh menyerap masuk melalui kulit anak kucing yang baru lahir.

Antara contoh toksin yang ada di persekitaran anak kucing adalah bahan pencuci, minyak dan habuk kayu. Toksin-toksin ini akan menyelinap masuk melalui ruang pernafasan atau kulit anak kucing yang baru lahir. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan keadaan persekitaran si kecil!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!