Kenalpasti Sekiranya Si Comel Kesayangan Anda Kehilangan Deria Pendengaran & Fahami Cara Komunikasi Dengan Kucing Pekak - Verst );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kenalpasti Sekiranya Si Comel Kesayangan Anda Kehilangan Deria Pendengaran & Fahami Cara Komunikasi Dengan Kucing Pekak

Share

Kucing mempunyai kelebihan pendengaran yang terbaik jika hendak dibandingkan dengan haiwan mamalia yang lain.

Pendengaran si comel juga sebenarnya tidak jauh berbeza dengan manusia, tetapi si manja ini mempunyai kelebihan untuk mendengar pada frekuensi yang lebih tinggi dengan lebih baik.

Si manja anda boleh mendengar sehingga kira-kira 85kHz (kilohertz), manakala manusia sehingga 20kHz sahaja.

Bayangkan jika tikus mendecit pun kucing anda dah boleh dengar

Semakin berusia kucing anda, lapisan halus struktur dalam telinga mereka mula kehilangan sensitiviti terhadap getaran.

Kehilangan deria pendengaran disebabkan faktor usia digelar presbycusis dan keadaan ini juga terjadi pada manusia yang sudah berusia.

Selain itu, jangkitan kuman yang kronik di bahagian telinga si manja, kecederaan, bunyi yang sangat kuat dan penyakit juga cenderung merosakkan deria pendengaran kucing.

Kucing berbulu putih yang mempunyai mata berwarna biru atau dua warna berbeza juga cenderung pekak memandangkan genetik mereka terdedah kepada kehilangan pendengaran.

I am raw html block.
Click edit button to change this html

Uji pendengaran

Anda boleh uji deria pendengaran kucing anda menggunakan beberapa benda yang akan menghasilkan bunyi dengan frekuensi yang berbeza seperti kertas, gugusan kunci, kadbod dan tinfoil.

Pastikan anda di luar penglihatan kucing anda dan bunyikan setiap satu benda, perhatikan respon kucing anda.

Sekiranya kucing anda tidak memberikan respon terhadap salah satu benda. kemungkinan kucing anda mengalami kehilangan deria pendengaran pada frekuensi tertentu.

Simptom pekak

Kucing yang hilang deria pendengaran cenderung untuk tidak memberi tindak balas terhadap perbuatan lisan tuannya.

Si manja juga mudah terkejut dan paling biasa adalah mereka akan mengiau dengan kuat memandangkan mereka tidak boleh dengar ngiauan sendiri.

Tingkah laku mereka menggaru telinga dan telinga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan petanda awal jangkitan kuman di telinga yang akan memberi kesan terhadap deria pendengaran mereka.

Cara Komunikasi

Kucing pekak tidak menjadikan mereka berbeza dengan kucing yang normal, cuma perbezaan ketara dari segi cara berkomunikasi.

Si manja yang hilang deria pendengaran akan menggunakan deria mereka yang lain seperti deria penglihatan, deria bau, deria rasa.

Gunakan komunikasi secara bukan lisan seperti isyarat badan dan reaksi muka untuk sesuatu arahan, misalnya anda menepuk permukaan lantai untuk memanggil kucing anda.

Tepukan terhadap permukaan membentuk getaran dan si manja akan alert dan memberi tindak balas.

Isyarat yang digunakan perlu konsisten untuk sesuatu arahan bagi mengelakkan kucing anda keliru.

Gunakan alatan visual seperti pancaran laser untuk mendapatkan perhatian mereka, kaedah ini juga boleh menjadi salah satu cara untuk mengajak mereka bermain.

Memandangkan si manja pekak ini mudah terkejut, gunakan kaedah yang lebih berkesan supaya mereka dapat merasai kehadiran anda.

Kucing pekak terdedah kepada bahaya memandangkan mereka tidak boleh mendengar sebarang bunyi yang menandakan bahaya.

Elakkan kucing anda yang pekak bermain di luar tanpa pengawasan dan hadkan kepada kawasan yang kurang terdedah kepada kemalangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!