Kenapa Kucing Lebih Suka Minum Air Paip Dari Air Dalam Mangkuk? - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kenapa Kucing Lebih Suka Minum Air Paip Dari Air Dalam Mangkuk?

Ain Huda
Share

Kadang-kadang anda ternampak si bulus kesayangan minum air di tandas atau sinki, sedangkan air yang sudah disediakan dalam mangkuk masih penuh.

Apa beza minum air paip dengan air dalam mangkuk? Bukan ke air dalam mangkuk lagi mudah untuk diminum berbanding air mengalir dari paip.

Kesegaran

Air sudah jadi ‘basi’ dan tidak sesedap air paip yang segar dan sejuk. Tidak dinafikan sebagai manusia, kita juga tidak gemar minum air yang sudah lama tersimpan. Oksigen air yang mengalir lebih tinggi membuatkan si bulus dapat menikmati kesegaran air.

Suhu

Suhu air paip lebih sejuk berbanding air yang disediakan dalam bekas. Hanya kucing saja tahu perbezaan rasa air tersebut. Mungkin air dalam bekasnya sudah terisi beberapa jam atau hari tanpa ditukar. Bekas air pula terdedah dengan cahaya matahari, habuk dan kotoran. Kucing tidak suka air yang haba tinggi.

Air Dalam Mangkuk

Anda masih boleh menggunakan mangkuk, tetapi anda perlu menukar air setiap jam untuk kekalkan kesegaran. Sekali-sekala masukkan ais batu dalam bekas air untuk dapatkan suhu yang sejuk.

Bekas Air Dispenser

Untuk elakkan si bulus minum air paip, gantikan bekas air dengan bekas air yang mengalir. Air yang mengalir lebih bersih, segar dan mempunyai oksigen yang cukup untuk si bulus. Air pancut minuman untuk si bulus boleh dibeli di Shopee atau kedai haiwan yang berdekatan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!