Kenapa Kucing Suka Baring Di Laptop Ketika Anda Buat Kerja? - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Kenapa Kucing Suka Baring Di Laptop Ketika Anda Buat Kerja?

Share

Sedang anda bersemangat duduk di hadapan laptop membuat kerja atau menyiapkan assignment, tiba tiba selamba saja kucing anda datang duduk atas keyboard. Nak halau tak sampai hati. Tapi dalam masa yang sama deadline nak kena kejar. Dilema terus anda dibuatnya.

Apakah sebenarnya misteri di sebalik laptop yang membuatkan kucing begitu menggemarinya berbanding katil atau tempat tidur yang anda belikan khas untuknya?

Haba yang dikeluarkan oleh laptop adalah salah satu punca mengapa kucing anda sangat menyukainya kerana ia membuatkannya selesa. Ini kerana, haba yang dikeluarkan laptop dapat mengekalkan suhu thermoneutral kucing anda.

Disebabkan ini jugalah kucing anda suka baring di dalam selimut anda atau di tempat-tempat tersorok seperti di bawah alamari atau sofa.

Selain itu, cemburu juga mungkin menjadi punca kucing anda bersikap sedimikian. Seperti yang kita tahu, kucing ialah haiwan yang sangat pentingkan perhatian.

Jika ia lihat anda menumpukan perhatian kepada benda lain, walaupun hanya sebuah laptop, ia boleh menjadi jealous. Jadi, ia akan cuba menarik perhatian anda dengan menjadi ‘penghalang’ antara anda dan juga laptop supaya anda memberi perhatian kepadanya.

Jika kucing anda berbuat demikian, cuba luangkan masa seketika untuk bermanja dengannya sebelum menyambung kembali kerja anda.

Menurut perunding tingkah laku kucing yang diperakui, Marilyn Krieger, “kebiasaannya kucing duduk di keyboard atau laptop anda kerana mereka dapat berada berdekatan dengan anda dan inginkan perhatian anda.

“Kebiasaaanya, jika kucing anda tiba-tiba datang dan duduk di laptop, anda akan terus membelainya dan bermanja dengannya. Jadi kucing anda akan set di mindanya bahawa jika ia duduk di keyboard atau laptop, anda akan memberinya perhatian.” kata Marilyn lagi.

Tags:

You Might also Like

Scroll Up
error: Content is protected !!