Kepentingan Menjaga Diet Si Bulus - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kepentingan Menjaga Diet Si Bulus

Avatar
Share
Selera Makan Kucing

Apabila kucing meningkat dewasa, dietnya juga harus berubah dari masa ke masa seiring dengan tumbesarannya.

Adalah penting untuk menukar cara pemakanan anak kucing apabila ia semakin membesar kerana keperluan dan nutrisi yang diperlukan oleh kucing dewasa berbeza daripada anak kucing.

Apabila anak kucing anda telah mula meningkat dewasa, sudah tentu gaya pemakanan dan kuantiti yang diperlukan turut berubah untuk menyokong tumbesarannya.

Menyentuh aspek tumbesaran, pastinya terdapat beberapa aspek yang perlu difokuskan tentang diet dan pengambilan makanan mengikut sukatan dan keperluan kucing berkenaan.

Untuk permulaan, anak kucing yang baru sahaja menginjak ke alam dewasa, ada beberapa perkara yang anda perlu fokuskan:

  • Kawal pengambilan kalori – Bagi mengelakkan kucing anda daripada penyakit obesiti, dan ia akan menjejaskan bentuk fizikal kucing jika terlebih kalori
  • Bersihkan gigi secara kerap – Untuk membantu kucing mengunyah makanan secara betul dan menghalang pembentukan tartar atau plak dalam gigi.
  • Pengambilan protein berkualiti tinggi – Protein perlu untuk menguatkan tubuh dan sistem imunisasi kucing
  • Pengambilan vitamin dan mineral – Pastikan makanannya lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan supaya kucing kekal sihat dan cergas

Anda juga harus mengawal pengambilan makanan oleh kucing anda dan elakkan daripada terlebih memberi makan. Jangan terlalu melayan permintaan kucing anda yang kerap ingin makan kerana terlebih makan boleh mendatangkan pelbagai penyakit di kemudian hari.

  • Obesiti – Mengikut kajian, lebih kurang 40% kucing mengalami masalah obesiti dan jumlah itu semakin bertambah dari masa ke masa. Kucing yang diberi diet yang seimbang mempunyai jangka hayat 2 tahun lebih lama berbanding kucing yang mempunyai masalah obesiti. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengawal kuantiti makanan yang diberi kepada kucing anda.
  • Masalah gigi – Masalah gigi juga merupakan masalah yang boleh terjadi sekiranya anda tidak menjaga pemakanan si bulus. Anda boleh menggunakan dental chews di samping mendapatkan khidmat nasihat doktor haiwan untuk mengelakkan pembentukan tartar atau plak pada gigi kucing.
  • Bersenam – Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tiada apa yang lebih baik daripada melakukan aktiviti senaman untuk membantu mengawal berat badan si bulus. Oleh itu, anda sebagai pemilik kucing harus meluangkan masa setiap hari untuk bermain bersama dengan si bulus.
  • Mencegah untuk kebaikan – Haiwan kesayangan boleh mempunyai jangka hayat yang lama jika anda mencegah segala penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan si bulus. Pastikan kucing anda mendapat suntikan vaksin, ubat kawalan cacing dan kutu bagi memastikan kucing anda hidup lebih sihat.

Memberi makan mengikut keperluan kucing adalah penting untuk memastikan tumbesarannya berada dalam keadaan baik.

Kawalan pemakanan yang seimbang serta senaman juga perlu untuk memastikan kucing anda sentiasa cergas dan mempunyai gaya hidup yang sihat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!