2 Jangkitan Daripada Haiwan Peliharaan Boleh Membahayakan Nyawa Si Pemilik );

Type to search

Haimeow Kesihatan

2 Jangkitan Daripada Haiwan Peliharaan Boleh Membahayakan Nyawa Si Pemilik

Share

Mungkin ramai yang membela haiwan comel di rumah tidak tahu akan bahaya penyakit jangkitan kucing kepada manusia.

Kebiasaannya, kucing sakit akan dibawa berjumpa doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Tetapi mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat penyakit pada haiwan peliharaan yang boleh berjangkit kepada manusia malah boleh membahayakan kesihatan.

Bagaimana penyakit kucing boleh tersebar kepada manusia?

Penyakit kucing boleh tersebar melalui cakaran, gigitan, sentuhan ataupun najis

Berikut adalah dua penyakit kucing yang mendatangkan mudarat sekiranya dijangkiti manusia.

1. Toxoplasmosis

Penyakit ini ialah disebabkan oleh parasit Toxoplasma gondii yang membiak di dalam sel usus kucing. Parasit ini mungkin ada di dalam badan kucing anda kerana mereka ‘memburu’ tikus dan serangga atau berinterkasi dengan kucing yang sudah dijangkiti.

Walaupun kucing anda kelihatan sihat dan aktif, dalam perut mereka mungkin sudah dipenuhi dengan parasit ini. Manusia boleh dijangkiti dengan parasit ini apabila bersentuhan dengan najis kucing yang telah dijangkiti kemudian tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan atau semasa menyediakan makanan.

Selain itu, ia juga boleh memberi kesan kepada bayi atau ibu yang sedang mengandung dan menyebabkan bayi tersebut mengalami kerosakan penglihatan, atau lebih serius keguguran. Jadi ingat ! Walau apa sekali pun, kebersihan tangan itu amat penting. Cuci tangan sebelum menyediakan makanan, lebih elok selepas membuang najis kucing, segera membersihkan diri mahupun mandi.

2. Rabies

Rabies ialah sejenis virus yang ada pada air liur kucing yang telah dijangkiti dan kemudian boleh ‘disebarkan’ kepada kucing lain melalui gigitan.

Virus ini pula boleh dijangkiti kepada manusia melalui gigitan, seperti yang selalu kita dengar, penyakit anjing gila.

Manusia yang dijangkiti pada mulanya akan merasa sakit tekak,pening kepala,demam,loya dan muntah. Virus ini dijangkiti di bahagian otak yang akan mengawal pernafasan dan keupayaan untuk menelan dan menyebabkan penghidapnya mengeluarkan air liur yang terlalu banyak dan menjadi agresif.

Rabies boleh mengundang maut. Sebab itu suntikan vaksin wajib untuk kucing, sebagai pertahanan imunisasi berdepan pelbagai virus di udara.

Kesimpulanya, jaga kebersihan diri dan juga haiwan peliharaan anda. Jika kucing anda digigit atau bergaduh dengan kucing lain, cepat-cepat dapatkan rawatan.Jangan biarkan luka lama berdarah semula.

Jika anda digigit atau dicakar kucing dengan teruk, lebih baik anda mendapatkan rawatan dengan kadar segera untuk mengelakkan daripada dijangkiti sebarang penyakit zoonotik.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!