3 Makanan Manusia Yang Bahaya Untuk Kucing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

3 Makanan Manusia Yang Bahaya Untuk Kucing

Avatar
Share

Buat mereka yang tidak tahu atau mungkin kurang jelas, terdapat beberapa jenis makanan manusia yang tidak sesuai atau amat merbahaya untuk diberi kepada kucing anda.

Kita sebagai pemilik kucing janganlah beri makanan yang kita makan kepada mereka.

Sistem penghadaman mereka tidak sesuai dan berlainan dengan sistem penghadaman manusia.

3 jenis makanan yang dilarang beri kepada ucing anda ialah:

1. Anggur dan Kismis

Seperti yang semua tahu, khasiat anggur dan kismis amat bagus untuk manusia tetapi tidak untuk kucing.

Anggur, Ikat, Buah, Pemeliharaan Anggur

Anggur dan kismis merupakan sumber racun bagi organ dalaman mereka.

Kismis, Anggur Kering, Berguna, Kismis

Ianya sangat bertoksik dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan akan membahayakan nyawa mereka.

2. Bawang Merah, Bawang Putih dan Kucai

Makanan ini mampu menyebabkan perkembangan anemia hemolitik dalam badan kucing anda sehingga membuat sel-sel darah mereka menjadi rapuh dan rosak.

Bohlam, Bawang, Diet, Rasa, Makanan

Mereka akan lebih cepat letih, mual dan tiada nafsu makan. Ia juga boleh menyebabkan penyakit merbahaya kepada kucing anda.

3. Telur Mentah

Mesti ramai yang pernah membaca dari internet bahawa cara untuk melebatkan bulu kucing adalah dengan memberi mereka telur kucing secara mentah.

Tahukah anda, telur yang tidak dimasak dengan betul mengandungi bakteria dan kuman yang merbahaya.

Telur, Kuning Telur, Kolesterol

Bukan setakat kucing anda sahaja malah ia juga merbahaya untuk manusia juga.

Bakteria tersebut dapat merosakkan dan menjejaskan usus dalaman kucing anda selain kandungan protein dalam telur mentah amat suakr untuk diserap dalam sistem badan kucing.

Sebolehnya anda berhati-hati jika hendak memberi mereka makan makanan manusia. Berilah makanan yang khusus dibuat untuk kucing anda kerana ianya dijamin selamat dan berkhasiat untuk mereka.

Sumber: Iluminasi

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!