3 Penyebab Kenapa Kucing Anda Mudah Keguguran Bulu );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

3 Penyebab Kenapa Kucing Anda Mudah Keguguran Bulu

Avatar
Share

Pastinya amat tidak selesa jika rumah anda penuh dengan bulu kucing yang keguguran dan ia amat tidak selesa bagi mereka yang menghidapi penyakit resdung atau asma.

Tetapi adakah anda semua pernah selidik atau tahu kenapa kucing kesayangan anda mudah keguguran bulu mereka. Adakah ia berpunca dari penjagaan mereka yang tidak rapi atau kerana penyakit?

Jadi mari ketahui beberapa punca mengapa bulu-bulu kucing mudah gugur dari badan mereka.

1. Jangkitan Ringworm

Jangkitan ringworm dalam badan kucing adalah antara faktor utama kenapa bulu mereka mudah gugur. Anda boleh mengesan kehadiran ringworm ini dengan melihat terdapat sebuh bentuk bulatan kecil pada badan mereka.

Kawasan tersebut akan keguguran bulu dan berkerak putih. Ianya mudah berjangkit pada kucing yang muda atau masih kecil. Cara rawatannya dengan menyapu krim atau syampu yang bersesuaian dan boleh dapatkan di klinik veterinar berdekatan.

2. Kutu

Dengan penyebaran kutu di badan kucing anda, mereka akan merasa sangat gatal dan menggaru sehingga bulu-bulu mereka gugur. Mereka akan garu sehingga mereka rasa selesa dan tidak gatal lagi. Jika anda melihat kucing anda sering tergaru-garu atau tidak selesa, segera mandikan mereka dengan syampu khas untuk membuang kutu. Anda juga boleh dapatkan spray khas untuk membunuh kutu dari klinik veterinar.

Kutu, Aceria Anthocoptes, Tungau

3. Pemakanan

Anda juga perlu melihat pemakanan kucing anda, adakah ianya sihat dan baik untuk mereka atau memudaratkan. Jangan beri makanan yang terlampau tunggu kandungan garam di dalamnya. Sama sepeti manusia, kandungan garam yang tinggi dalam makanan boleh menyebabkan pelbagai penyakit, begitu juga kucing ia boleh menggugurkan bulu mereka dan datangnya penyakit bahaya.

Kucing, Makan, Tabel, Kelaparan, Mencuri

Beri makanan yang sihat dan berprotein tinggi untuk meningatkan imuniti dan ketahanan tubuh badan. Anda juga boleh memberi mereka vitamin yang bersesuaian untuk melebatkan kembali bulu mereka.

[Sumber: Iluminasi]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!