3 Rawatan Tradisional Yang Boleh Digunakan Untuk Kucing Anda );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

3 Rawatan Tradisional Yang Boleh Digunakan Untuk Kucing Anda

Avatar
Share

Jangan panik sekiranya kucing anda sedang sakit tetapi klinik veterinar sedang cuti atau anda mengalami kesesakan wang. Anda boleh amalkan dan gunakan rawatan tradisional ini untuk ubati masalah kucing anda.

Seperti yang semua tahu, sakit ini bukanlah sesuatu yang kita boleh jangkakan, ada kalanya ia datang pada saat yang kita tak jangka sama sekali.

Jadi mari bersama kita pelajari rawatan tradisional ini yang boleh membantu masalah kucing anda.

1. Minum Air Kelapa Muda

Kalau anda nak tahu, air kelapa muda sangat bagus untuk tubuh badan manuisa dan kucing kerana ia mengandungi kebaikan yang tinggi. Ianya bagus untuk diberi kepada kucing yang sedang demam dan penyakit cirit-birit. Ia mampu meredakan panas badan dan beri mereka minum menggunakan syringe sekiranya mereka tidak berdaya.

Kelapa, Pohon Kelapa, Tanaman, Kelapa

2. Jus Lobak Putih

Lobak putih amat baik untuk dberikan kepada kucing yang mengalami masalah untuk kencing atau kencing berdarah. Jus ini mampu membantu memecahkan batu karang dan kristal dalam badan mereka dan ianya mampu melawaskan kecing kucing.

Lobak, Raphanus, Putih, Sayur Sayuran

3. Kunyit

Kunyit hidup atau serbuk kunyt mampu membantu kucing yang mengalami masalah luka atau kurap. Anda boleh ambil sedikit kunyit tersebut lalu basahkan dan sapu dibahagian luka. Orang tau sering menyapukan kunyit dekat kucing mereka yang mengalami masalah kurap dan ada juga yang meletakkan sapuan serbuk kunyit di hidung kucing agar mereka baik dari selesema.

Jahe, Bubuk, Memasak, Bahan, Harum

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda pencinta kucing di luar sana. Tetapi perlu diingatkan juga bahawa jika masih tiada perubahan, anda di nasihatkan untuk segera bawa mereka ke klinik veterinar dengan pantas.

[Sumber: The Mamamiaow]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!