Jangan Panik, Ini 5 Cara Selesaikan Kucing yang Cirit-birit );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Jangan Panik, Ini 5 Cara Selesaikan Kucing yang Cirit-birit

Share
cirit

Mesti ada yang susah hati jika si bulus mengalami cirit-birit. Jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan bawa kucing berjumpa dengan doktor veterinar.

Bagaimanapun, sekiranya keadaan kucing anda tidak teruk, tidak perlu membawanya ke klinik sebaliknya anda sendiri boleh merawatnya di rumah!

BACA: 3 Rawatan Tradisional yang Boleh Digunakan untuk Kucing Anda

Ada beberapa jenis rawatan yang boleh dicuba bagi merawat si bulus yang mengalami diarrhea.

1. Ganti makanan kucing

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menggantikan makanan yang biasa dimakan dengan jenama yang lain.

Jika berterusan memberinya makanan yang sama, ia boleh menghadkan kemampuan saluran ususnya untuk sembuh dan merisikokan si bulus terkena penyakit berbahaya lain termasuk lipidosis hati.

Sekiranya anda baru menukar dietnya dan ia mengalami cirit-birit, maka kembali kepada diet lama dan lihat sama ada masalah dihadapinya berkurangan.

2. Serat

Beberapa jenis cirit-birit kucing boleh sembuh dengan diet rendah serat atau makanan yang mudah dicerna. Cari produk dengan kadar serat kasar sebanyak tiga peratus yang mampu membantu memulihkannya.

3. Air yang cukup

Kucing yang mengalami cirit-birit perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelak dehidrasi. Isi mangkuk dengan air bersih dan segar yang diletak bersebelahan makanannya agar ia lebih tertarik untuk minum air.

Sebagai cara lain, sediakan juga makanan basah seperti ayam atau ikan yang dihancurkan dan campurkan air agar ia mendapat air dalam tubuhnya.

4. Ubat pencegah cirit-birit

Kebanyakan ubat cirit-birit untuk kucing selamat digunakan dan ia antara cara bagi melegakan kesakitan si bulus kesayangan anda.

5. Probiotik

Probiotik adalah bakteria (mikroorganisma) baik yang memaanfaatkan kucing anda.

Fungsi probiotik ialah:

  • Meningkatkan populasi bakteria berguna didalam usus.
  • Mengimbangkan system imun serta fungsi sel-sel usus.
  • Menolong penghadaman.

Probiotik memerlukan suhu sesuai untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu adalah mustahak menyimpan produk probiotik pada suhu yang betul.

Probiotik yang baik tidak semestinya mengandungi banyak jenis mikroorganisma, sebaliknya pilihan mikroorganisma dirumus setelah kajian yang menyeluruh.

Contohnya, Digestrong®. Di samping mikroorganisma Lactobacillus, Digestrong® juga mengandungi taurine dan Vitamin B untuk menjaga kesihatan kucing anda.

Jangan gunakan probiotik manusia pada kucing kerana probiotik yang diperlukan setiap spesis adalah berbeza.

Jarakkan pemberian probiotik dan antibiotik pada hari yang sama sekurang-kurangnya 2 jam supaya antibiotik tidak membunuh probiotik.

Probiotik dapat memulihkan populasi bakteria baik di dalam usus kucing yang memerlukan rawatan antibiotik berpanjangan.

Ikuti nasihat doktor veterinar anda. Rawatan dan pemeriksaan susulan mungkin diperlukan kerana terdapat banyak punca cirit-birit pada kucing.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!