5 Faktor Kenapa Kucing Anda Mengalami Sembelit
Share

Kucing juga mengalami penyakit sembelit atau keadaan dimana mereka mengalami keadaan sukar membuang najis.
Penyakit sembelit amatlah tidak selesa dan menyakitkan terutama bagi kucing kerana mereka tidak faham dan tidak tahu cara untuk mengubatinya.
Jika dibiarkan kucing anda mungkin tidak mampu lagi untuk membuang najis sehingga terpaksa untuk melakukan pembedahan bagi membuang najis dalam badan mereka.
Antara faktor yang menybebakan mereka mengalamai masalah ini ialah:
1. Kekurangan Air Dalam Badan
Kucing juga perlu minum air yang mencukupi agar mereka tidak mengalami dehidrasi terutama bila musim panas.
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan mereka lemah, tiada tenaga serta menyebabkan kesukaran penghadaman makanan.
Pastikan anda menyediakan air yang segar, bersih dan mencukupi.
2. Kotak Litter Kotor
Perkara ini mungkin nampak remeh di mata orang lain tidak bagi mereka. Sifat mereka ini amat menyukai tempat yang bersih seandainya ingin membuang najis.
Tetapi jika tempat itu kotor dan tiada tempat lain, mereka akan menahan dari membuang najis mereka sehingga ia memudaratkan badan.
3. Usia
Faktor usia juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kucing anda.
Semakin meningkat usia mereka semakin lemah sistem penghadaman mereka.
Jadi ia menyukarkan mereka untuk menghadam makanan yang berada dalam badan dan menyebabkan sembelit.
4. Stres
Tekanan mental mereka antara faktor terjadinya peyakit sembelit. Ini kerana mereka tidak selesa ketika itu dan hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa.
Kemungkinan usus mereka ketika itu sedang sakit dan terluka tetapi anda tidak perasan sehingga mereka hanya mampu menahannya.
5. Obesiti
Kucing obesiti memang amat dekat dengan pelbagai penyakit yang mendatang.
Ini kerana mereka kurang bersenam dan kurang menjaga pemakanan.
Pastikan anda mengawal diet dan pemakanan mereka.
Segera ke veterinar terdekat seandainya kucing anda sering meraung kesakitan ketika hendak membuang najis takut ianya membahayakan nyawa dan kesihatan mereka.
Sumber: Eyna Ahmad, J Master