5 Kebaikan “Lion Cut” Kucing Yang Anda Kena Tahu I HaiMeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Longhair

5 Kebaikan “Lion Cut” Kucing Yang Anda Kena Tahu

Share
lion

Apa itu “Lion Cut” ? “Lion Cut” merupakan satu teknik pemotongan bulu kucing yang menyerupai seekor singa jantan. 

Gaya potongan ini selalunya diberikan kepada kucing yang mempunyai bulu yang panjang. Bulu mereka akan dicukur sehingga menampakkan kulit. Selalunya bahagian kepala, kaki dan hujung ekor akan dibiarkan.

Penting ke nak cukur bulu kucing sampai mereka perlu berbogel macam tu? Jom ketahui 5 kebaikan ‘lion cut’ pada kucing kita!!!

1. Penjagaan Yang Mudah

Kucing yang berbulu lebat dan panjang jika dibiarkan boleh menyebabkan bulu gugur dan kutu boleh hinggap. Terutama pada kucing yang bakanya memang berbulu lebat. Kita perlu menyikat bulu mereka dengan kerap bagi membuang kutu-kutu yang dah mati serta bulu-bulu yang gugur.

lion cut
@Pinterest

Bila bulu mereka dicukur jadi ianya memudahkan kita untuk menguruskan dan menjaga kebersihan badan mereka. Mudah untuk kita sapukan krim luka, ubat kutu atau gunakan syampu fungus pada badan mereka.

2. Gumpalan Bulu Mudah Dibuang

Kalau anda perasan kucing yang ada bulu tebal ni akan ada gumpalan-gumpalan bulu pada badan mereka. Gumpalan bulu ni jika dibiarkan boleh menyebabkan kucing terluka kerana ranting-ranting atau benda tajam boleh melekat. Jadi bila dicukur gumpalan-gumpalan mudah untuk dibuang.

3. Mengelakkan Kucing Tertelan Bebola Bulu

Pada musim panas kucing akan menjilat bulu mereka untuk membersihkannya tetapi banyak bulu yang gugur boleh terkumpul dan menyebabkan bebola bulu tersebut ditelan kucing. Mereka akan tercekik, muntah dan paling teruk sehingga terpaksa membuat pembedahan bagi mengeluarkan bebola bulu yang tersekat dalam badan mereka.

4. Keselesaan Kucing

Dengan mencukur bulu mereka boleh mengelakkan mereka dari terkena heat-stroke akibat panas yang melampau. Bila bulu mereka dah tebal, mereka sukar untuk merasa sejuk kerana tidak merasa udara yang sejuk.

5. Kurang masalah kurap dan Kutu

Veterinar akan menyarankan anda untuk mencukur bulu kucing apabila mereka mempunyai masalah kutu dan kurap yang tebal. Ini supaya mudah untuk mengesan kutu dan kurap yang ada serta meletakkan ubat pada kawasan yang betul.

Jadi itulah antara manfaat ‘lion cut’ pada kucing kita. Sebaiknya anda mendapatkan khidmat nasihat dari veterinar sebelum mencukur bulu mereka kerana takut ada masalah lain. 

Seeloknya dicukur bulu kucing yang memang bulunya sangat tebal. Tak kesian ke kucing kita bulu dia tak tebal dan boleh kata perfect tetapi kita cukur kan dan bogel jadinya.

Apa-apa pun penulis berharap dengan manfaat ini kita dapat memberi keselesaan kepada kucing kita semua. 

[Sumber: themamamiaow.com, iVET PETCARE]

Baca juga: 3 makna pantang larang masyarakat melayu yang kita tidak sedar


Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!