5 Kebaikan Memandulkan Kucing Yang Ramai Tak Tahu );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

5 Kebaikan Mandulkan Kucing Yang Ramai Tidak Tahu & Sedar Manfaatnya

Avatar
Share

Dengar je perkataan memandulkan kucing mesti ramai yang menyanggah perbuatan tersebut seolah kita sedang menzalimi mereka. Tetapi ramai yang tak tahu kebaikan kita memandulkan kucing.

Penulis merasakan ramai yang masih kurang pengetahuan ataupun ilmu tentang pemandulan haiwan. Ianya sangat penting bagi kesihatan dan pertumbuhan badan mereka.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Proses pemandulan kucing adalah untuk menghilangkan keupayaan kucing untuk mengawan atau beranak malah mereka juga akan kehilangan nafsu berahi. Cara pemandulan kucing berbeza mengikut jantina masing-masing jadi mereka tidak akan merasa terseksa.

Di sini penulis akan menyenaraikan lima kebaikan memandulkan kucing yang ramai tak tahu:

1. Mengelak Penyakit

Ya dengan memandulkan kucing anda dapat mengurangkan risiko seseekor kucing untuk mendapatkan penyakit merbahaya. Sebagai contoh bagi kucing betina, mereka sangat mudah mendapat penyakit kanser dalaman seperti Cervical Cancer, Ovarian Cancer dan Mammary Cancer. Kucing betina berisiko kena pyometra‘ – keadaan nanah di dalam uterus.

Penyakit, Istirahat, Penjara

Kesihatan mereka juga akan lebih terjamin dengan tiada penyakit yang dibawa oleh kucing jantan atau betina liar yang mereka sudah mengawan bersama.

Kita dapat menghalang dan mencegah dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Penulis merasakan bahawa ia satu tindakan yang bijak dan bernas.

2. Kebersihan Rumah Terjaga

Kalau nak tahu, kucing jantan sangat kerap memancutkan air kencing mereka sesuka hati di dalam rumah atau kawasan luar rumah. Hal ini kerana mereka ingin menandakan bahawa tempat tersebut adalah kawasan jajahan mereka.

Kita sebagai tuan rumah pasti rasa leceh sebab terpaksa membersihkan air kencing tersebut disamping menahan bau yang hancing.

Dalam, Rumah, Cahaya, Kehangatan, Kucing

Tetapi apabila mereka dimandulkan, kucing akan kurang memancut atau langsung tidak melakukannya lagi. Seolah-olah mereka tiada lagi keinginan untuk memancut sesuka hati.

3. Kucing Lagi Kerap Duduk Rumah

Kucing yang dah dimandulkan akan lebih kerap duduk di dalam rumah atau dengan kata lain mereka sangat malas untuk berjalan jauh.

Penulis merasakan tindakan ini disebabkan mereka tiada lagi keinginan atau nafsu “onheat“, jadi mereka hanya duduk di dalam rumah bersenang-lenang.

Kucing, Santai Saja, Tidur

Keselamatan mereka juga terjamin kerana kurang terdedah kepada bahaya di luar rumah seperti dikejar anjing liar, bergaduh dengan kucing lain atau risiko dilanggar kereta yang lalu-lalang di kawasan rumah.

4. Kucing Lebih Manja

Kucing anda akan lebih manja dan dekat dengan anda sekiranya mereka dimandulkan. Ini bukan bermakna kalau mereka tak mandul mereka tak manja.

Bahasa mudahnya kelakukan mereka lebih mudah terurus dan tidak terlalu serabut untuk mengawan.

Potret, Muda, Senyum, Bahagia, Kucing

Mereka akan lebih banyak mengahabiskan masa bersama anda berbanding keluar berjalan, bergaduh atau mencari pasangan di luar.

Penulis sendiri merasai pengalaman tersebut, di mana kucing penulis lebih manja dan asyik tidur dengan penulis selepas dimandulkan.

5. Kurangkan sengsara kucing

Penulis sering dengar banyak kes melibatkan tuan kucing tidak sanggup membela kucingnya lagi sebabkan sudah terlampau banyak.

Ada yang sakit dan dibiarkan mati begitu sahaja malah ada juga yang terabai sehingga hilang dan menjadi ‘kutu rayau’ tidak bertuan.

Kucing, Hitam, Hewan, Peliharaan, Bulu

Perkara ini sepatutnya dapat dihalang tetapi ramai yang menganggap bahawa ianya hanya perkara remeh dan tidak perlu dipandang serius.

Tahukah pembaca semua bahawa banyak kucing tidak kira dewasa ataupun yang masih kecil terpaksa menjalani kehidupan yang sangat perit diabaikan ditepi jalan tanpa makan minum, dibiar terkurung didalam sangkar, bawah longkang malah ada juga kejadian dibiarkan didalam kotak yang tertutup.

Penulis merasakan bahawa mereka tidak sepatutnya hidup dalam keadaan begitu sebaliknya menjalani kehidupan yang lebih indah dan terjaga.

Jadi dengan pemandulan kucing anda, kuranglah kes pembuangan anak kucing yang terbiar, kucing yang mati terseksa dan segala perkara buruk yang terjadi kepada mereka.

Kucing, Kucing Liar, Hewan

Walau bagaimanapun, penulis ingin menegaskan bahawa pilihan untuk memandulkan kucing kesayangan adalah di tangan pemilik kucing itu sendiri sama ada pilihan yang mereka buat itu betul atau tidak.

Tapi perlu diingatkan bahawa kucing juga adalah keluarga anda, jadi fikirkan apa yang terbaik buat mereka dan juga anda. Asalkan anda ada wang dan segala keperluan jadi ianya tidak mustahil bagi anda.

Penulis cuma berharap agar masyarakat di luar faham betapa pentingnya proses pemandulan kucing jika mereka ingin membela kucing tetapi ada halangan tempat dan wang.

[Sumber: Facebook Kembiri Kucing Murah, Catzonia]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!