Beri Perhatian Lebih Pada Kucing Yang Sudah Tua, Ini 5 Penyakit Biasa Yang Sering Dialami 'Senior Cat' );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Beri Perhatian Lebih Pada Kucing Yang Sudah Tua, Ini 5 Penyakit Biasa Yang Sering Dialami ‘Senior Cat’

Share
Kucing

Sebagaimana dengan manusia, kesihatan kucing juga semakin menurun apabila meningkat menjengah usia tua. Apabila si bulus sudah mencapai umur 11 tahun, ia sudah dikira tua, selalunya dipanggil kucing senior.

Pelbagai penyakit tertentu berkemungkinan muncul apabila kucing meningkat tua. Buah pinggang, penyakit jantung, kanser dan kencing manis antara yang menjadi kebimbangan umum oleh pemilik kerana ia merupakan penyakit berisiko tinggi yang mampu mengundang ‘maut’.


Baca Juga: Ada Kucing Di Rumah? Elakkan Daripada Menanam Pokok-Pokok Ini Yang Berbahaya Kepada Si Bulus


Berikut adalah beberapa keadaan yang memerlukan doktor veterinar and beri tumpuan lebih kepada si comel anda yang meningkat usia sebagai senior cat.

 

KANSER

Pembunuh utama bagi kucing senior termasuklah leukemia, lymph sarcoma, squamous cell carcinoma (kanser kulit) dan mammary cancer (kanser kelenjar).

Tanda-tanda amaran bergantung kepada jenis kanser tetapi boleh termasuk gumpalan yang baharu, kudis (terutamanya di kawasan yang terdedah bagi kucing putih), penurunan berat badan, lesu dan muntah.

Rawatan juga bergantung kepada jenis kanser, tetapi mungkin termasuk pembedahan, kemoterapi atau radiasi.

feline parvovirus kucing

PENYAKIT BUAH PINGGANG

Perkara biasa pada kucing lebih tua. Keadaan ini boleh mengambil masa selama berbulan atau tahun untuk berkembang, tetapi ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda luaran sehingga penyakit tersebut kronik.

Antara tanda-tandanya termasuk dahaga yang berlebihan dan kerap buang air kecil, berat badan susut, hilang selera makan, muntah-muntah dan kurang self-grooming.

Doktor haiwan boleh mendiagnosis keadaan tersebut dengan ujian air kencing dan darah.

 

ARTHRITIS

Kadang-kadang dilihat pada kucing tua. Tanda-tanda tempang, kesukaran untuk naik atau turun tangga dan enggan berjalanan sedikit mahupun melompat.

la boleh jelas dikesan selepas seharian lakukan senaman yang lebih daripada kebiasaan. Doktor haiwan boleh menetapkan diet khas, makanan tambahan, terapi dan ubat-ubatan yang boleh membantu meringankan kesakitan.

MASALAH GIGI

Sangat biasa berlaku pada kucing senior. Nafas berbau, gusi merah atau sering berdarah, gigi longgar, gusi berlekuk serta enggan untuk mengunyah merupakan tanda-tandanya.

Anda boleh rujuk doktor veterinar untuk periksa mulut si comel anda, rawat atau cabut mana-mana gigi yang dijangkiti atau menyakitkan.

a

HYPERTENSION

Tekanan darah tinggi, sering dikaitkan dengan kondisi berbeza, seperti penyakit buah pinggang, penyakit jantung atau hipertiroidisme (kelenjar tiroid).

la juga boleh membuat keadaan tertentu seperti buah pinggang atau penyakit jantung menjadi lebih teruk dan mampu menyumbang kepada buta.

Tanda-tanda mungkin termasuk degupan jantung yang tidak teratur, atau kehilangan penglihatan secara tiba-tiba.

 

P/S: Kucing senior anda perlu dibawa berjumpa doktor veterinar setiap enam bulan bagi melakukan satu pemeriksaan, atau lebih kerap jika terdapat perubahan ketara. Kebanyakan penyakit jika berjaya dikesan pada pering kat awal, ianya boleh dirawat sebelum berlakunya kerosakan dan serangan penyakit lebih teruk.

Tags:

You Might also Like

3 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!