5 Sebab Kucing Gugur Kandungan Dan 3 Cara Membantunya );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

5 Sebab Kucing Gugur Kandungan Dan 3 Cara Membantunya

Avatar
Share

Keguguran bukan hanya berlaku kepada manusia sahaja tetapi hidupan haiwan yang lain seperti kucing. Ianya berlaku disebabkan beberapa faktor tetapi tahukah anda bahawa kita juga boleh membantu mereka dalam keadaan tersebut.

Semua pemilik kucing pasti merasa sedih jika kucing mereka mengalami keguguran kerana si ibu kucing akan merasa tertekan dan sakit.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Ia boleh mengakibatkan pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku oleh kita kerana kita sayang dan ingin menjaga mereka tidak kira keadaan.

Sebagai seseorang yang pernah mengalami keadaan ini, penulis ingin semua pemilik kucing peka dengan penyebab kucing keguguran kandungan.

1. Umur

Faktor umur memainkan peranan yang penting dalam kitaran hidup kucing. Ini kerana kucing yang terlalu muda tidak boleh menampung badan mereka jika terdapat kandungan didalamnya.

Sama halnya untuk kucing yang terlalu tua, kerana sama seperti manusia organ dalam mereka sudah tidak membantu dan agak rapuh sehingga boleh menyebabkan keguguran.

Mabuk, Kucing, Tua, Kucing Domestik

2. Keracunan

Keracunan disini boleh terjadi jika mereka termakan makanan yang memudaratkan badan mereka atau mereka termakan racun rumput ketika mereka hendak memakan rumput di luar.

Sebab itu anda perlu lebih berhati-hati jika hendak memberi kucing makan dan sentiasa mengawasi pergerakan kucing terutama ibu kucing yang sedang sarat mengandung.

Racun yang dimakan kucing boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman mereka sehingga memberi kesan kepada kandungan.

Dapatkan rawatan veterinar dengan kadar pantas jika anda dapati mereka mengalami keracunan.

3. Tekanan Mental

Ibu kucing yang kerap kali hamil dan melahirkan anak kucing yang banyak boleh mengganggu kesihatan mental mereka sehingga mereka merasa tertekan.

Mereka takut tidak boleh menjaga kucing yang masih dalam kandungan kerana masih ramai lagi anak kucing yang memerlukan susunya.

shallow focus photography of brown cat

Si ibu kucing mungkin akan stres dan mengganggu perasaan mereka sehingga boleh menyebabkan keguguran kandungan.

4. Penyakit

Kucing yang mempunyai penyakit serius juga boleh mendorong kepada masalah keguguran kandungan.

Antara penyakit yang berisiko ialah seperti penyakit kulat serta kehadiran parasit dalam badan mereka sehingga mengganggu kandungan kucing.

Kucing, Luka-Luka Kucing, Kucing Sakit

Sebab itu anda perlu mengasingkan kucing yang berpenyakit dari kucing yang sihat. Rawat mereka sehingga sembuh sebelum bagi mereka bergaul sesama sendiri supaya penyebaran penyakit tidak berlaku.

5. Kesilapan Beri Ubat

Kesilapan ini sering terjadi disebabkan kecuaian kita sendiri. Ini kerana kita mungkin beri mereka ubat yang tidak bersesuaian dengan keadaan mereka.

Jika mereka demam atau punyai penyakit ketika mengandung, kalau boleh jangan beli ubat secara atas talian atau sekadar beli di kedai tanpa arahan atau pantauan pakar.

green and white medication pill in clear glass jar

Dapatkan bantuan dari doktor veterinar untuk lebih jelas ubat apa yang sesuai diberi kepada kucing anda jika mereka sedang hamil.

Kita tidak sedar ubat yang kita beri itu mungkin beracun dan toksin bagi kandungan mereka. Bahan-bahanya mungkin merbahaya dan boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini.

Seterusnya mari bersama kita lihat cara untuk kucing anda yang telah mengalami masalah keguguran kandungan.

1. Veterinar

Jika anda mendapati bahawa kucing anda telahpun mengalami masalah keguguran kandungan, segera ke klinik veterinar berdekatan kerana takut masih terdapat janin didalam rahim mereka.

Doktor veterinar akan merawat dan melihat jika terdapat masalah lain semasa kucing anda mengalami keguguran.

Mereka juga akan mencari punca kenapa kucing anda mengalami keguguran kandungan dan akan sedaya upaya merawat mereka.

Jika semua sudah selesai, doktor akan memberi penjelasan kepada anda apa yang berlaku dan apa yang perlu anda lakukan bagi membantu kucing anda di rumah.

Tetapi jika masalah tersebut serius, kemungkinan besar kucing anda mungkin akan dimasukkan ke wad mereka untuk tinjauan lebih lanjut.

Ubat-ubatan dan antibiotik akan diberi terlebih dahulu dan kemudian anda perlu memberi kepada kucing anda mengikut arahan doktor yang telah ditetapkan.

2. Rawatan Dari Rumah

Sebolehnya asingkan kucing anda tersebut dalam sebuah bilik yang selesa an tiada gangguan.

Kucing yang keguguran kebanyakkannya akan mengalami masalah tekanan dan gangguan emosi yang tidak stabil.

Mereka akan sering meracau dan memanggil-manggil anak mereka walaupun sudah tiada lagi.

Di dalam bilik tersebut letakkan bekas pasir, makan minum mereka dan tempat tidur yang hangat dan selesa.

Kucing, Lelah, Tidur, Mengantuk, Lucu

Sentiasa perhatikan dan belai mereka agar mereka rasa bahawa masih ada orang yang sayang dan dekat dengan mereka.

Bagi ubat mengikut waktunya dan perhatikan jika ada masalah terutama di bahagian dubur mereka jika terdapat darah.

Laporkan kepada doktor jika ada pendarahan yang berlaku dan segera rawati mereka.

3. Cegah Dari Kejadian Berulang

Seperti yang penulis pernah ulaskan, jika anda sudah terdapat banyak kucing di dalam rumah segera mandulkan mereka demi kebaikan dan kesihatan mereka.

Anda mungkin tidak mahu lagi kucing anda mengalami perkara tersebut kerana ianya sangat sakit dan perit untuk di alami lagi.

Jaga kesihatan fizikal dan mental mereka agar tidak berlaku lagi perkara yang tidak diingini.

Semoga tips ini bermanfaat dan mampu menolong anda sekiranya kucing anda mengalami masalah keguguran kandunga.

[Sumber: 10 Steps, Medicaveterinaria]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!