Kucing Anda Jarang Minum Air? 9 Cara Berkesan Untuk Buat Si Bulus Minum Air Secukupnya );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Jarang Minum Air? 9 Cara Berkesan Untuk Buat Si Bulus Minum Air Secukupnya

Share
Kucing minum air

Air adalah salah satu keperluan asas yang penting bagi setiap makhluk hidup. Tidak kiralah manusia, haiwan mahupun tumbuhan, kekurangan air atau dehidrasi dapat memberi kesan buruk kepada kesihatan. kucing

Kucing sememangnya agak ‘liat’ untuk minum air, berbanding dengan makan yang mana merupakan perkara yang paling disukai olehnya. Namun, kucing yang kekurangan air boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan di kemudian hari – terutamanya masalah saluran kencing.

Jika anda perasan kucing anda jarang minum air, mungkin anda boleh mencuba teknik-teknik di bawah untuk mengelakkannya daripada mengalami dehidrasi.

air

1. Berinya makanan basah dengan lebih kerap

Makanan basah mengandungi air yang diperlukan oleh tubuh kucing. Jika ia tidak mahu makanan basah, cuba tambahkan sedikit air atau air rebusan pada makanan keringnya. Anda juga boleh menambah sedikit air atau air rebusan pada makanan basahnya untuk memastikan ia minum lebih banyak air.

 

2. Cuba letakkan ais pada makanan kucing anda

Apabila anda meletakkan ais batu dalam makanan kucing, ia akan disaluti dengan rasa makanan tersebut. Kucing anda akan terus menjilat ais tersebut disebabkan rasanya, justeru dapat membuatnya minum lebih banyak air.

 

3. Sediakan makanan dalam kuantiti sedikit, tetapi lebih kerap

Makan akan membuatkan kucing berasa haus, jadi ia akan lebih kerap minum air jika masa makannya lebih banyak.

Kucing

4. Letak bekas air di sekitar rumah

Pastikan kucing anda mempunyai akses kepada air di seluruh kawasan rumah. Kucing yang jarang minum air kadang-kala ‘malas’ untuk pergi ke satu tempat yang khusus hanya untuk minum air.

 

5. Pastikan lokasi bekas minuman sesuai

Kucing yang tidak minum air mungkin tidak menyukai lokasi bekas minumannya, contohnya jika ia diletakkan bersebelahan dengan bekas pasirnya. Pastikan lokasi bekas minumannya bersih dan selesa.

 

6. Pastikan air dalam bekas sentiasa ditukar

Air yang terdedah akan mudah menjadi kotor dan kucing semestinya tidak akan minum air yang kotor. Jadi, pastikan anda kerap tukar air dalam bekas minumannya sekurang-kurangnya setiap kali waktu makannya.

7. Berinya air yang mengalir

Sesetengah kucing hanya akan minum air yang mengalir sahaja terutamanya kucing yang tinggal di luar atau jalanan. Ini adalah disebabkan naluri semula jadi bagi mengelakkannya daripada minum air yang telah tercemar. Jika kucing anda begini, luangkan masa beberapa kali sehari untuk berinya minum air paip atau jika anda ada bajet lebih, beli bekas minuman air pancut.

 

8. Tambah perisa pada air minumannya

Anda juga boleh menambah perisa pada minuman kucing anda contohnya dengan mencampurkan air rebusan ayam atau ikan dalam minumannya.

 

9. Cuba berbagai jenis bekas minuman

Kucing adalah haiwan yang cerewet. Ada sesetengah kucing yang sukakan bekas kaca, ada yang sukakan bekas plastik, ada yang sukakan bekas besi dan lain-lain. Anda harus bereksperimen dan ketahui sendiri kesukaan kucing anda.

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!