Ratusan Kucing Mati Akibat Pancytopenia, Kenali 9 Simptom Penyakit Ini );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Ratusan Kucing Di United Kingdom Mati Akibat Pancytopenia, Kenali 9 Simptom Penyakit Ini

Share
pancytopenia

Sedih untuk mengatakan, penyakit Pancytopenia yang sangat jarang sekali berlaku telah menyerang sebanyak 443 ekor kucing di United Kingdom dan 284 daripadanya mati.

Menurut sumber, beratus-ratus kes penyakit ini telah direkodkan sejak bulan April lalu.

Apa itu Pancytopenia?

Pancytopenia adalah penyakit yang berlaku apabila kucing mempunyai jumlah sel darah putih dan merah yang sangat rendah dan mungkin disebabkan oleh anemia, pendarahan, pembekuan, sepsis, barah darah, barah tulang dan gangguan sistem imun.

Selain itu, pancytopenia dipercayai sangat berbahaya pada kucing kerana ia mampu mempengaruhi darah mereka sehingga membawa kepada maut.

Royal Veterinary College merupakan pusat pengajian veterinari di London, UK telah menggambarkan penyakit sangat menyedihkan kerana ia sering dihidapi oleh anak kucing.

Bukan itu sahaja, lebih daripada satu haiwan peliharaan yang tinggal bersama satu keluarga yang sama juga cenderung untuk menghidap penyakit pancytopenia.

Simptom pancytopenia pada kucing

pancytopenia

Sebilangan kucing tidak menunjukkan sebarang gejala. Walau bagaimanapun, kucing yang terjejas mungkin akan menunjukkan simptom seperti:

1) Kelesuan
2) Kegelisahan
3) Tidak berselera untuk makan atau minum
4) Gusi pucat
5) Pendarahan pada air kencing
6) Pendarahan pada mulut
7) Pendarahan pada najis
8) Muntah yang mengandungi darah
9) Pengsan

Bagaimana kucing boleh menghidap penyakit ini?

Doktor haiwan telah menganalisis kes bagi mencari pautan yang mungkin memberi sebab berlakunya penyakit ini.

Setakat ini, mereka telah menemukan punca umum yang berpotensi untuk kucing yang terjejas dengan penyakit ini adalah kerana diet.

Menurut kenyataan jurucakap Food Standards Agency (FSA), mereka masih menyiasat kemungkinan ada kaitan antara produk makanan kucing dan pancytopenia.

pancytopenia

“Tidak ada bukti pasti untuk mengesahkan kaitan pada tahap ini.

“Walau bagaimanapun, pemilik kucing dinasihati untuk tidak memberikan haiwan peliharaan mereka dengan makanan yang dibuat oleh pengeluar Fold Hill sebagai langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap FSA.

Berdasarkan penyelidikan setakat ini, produk makanan kucing itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kucing yang terjejas.

Maklumat lebih lanjut mengenai produk makanan kucing yang ditarik balik boleh didapati di laman web Food Standards Agency di sini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!