Adakah Memberi Makan Daging Mentah Membahayakan Kesihatan Kucing? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Adakah Beri Makan Daging Mentah Membahayakan Kesihatan Kucing?

Share

Persoalan ini sering bermain di minda pencinta kucing di seluruh dunia. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tidak. Hal ini disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya percanggahan maklumat.

Seacar dasarnya kucing merupakan sejenis kumpulan karnivor iaitu mereka memakan makanan yang berasaskan daging dimana ia mengandungi beberapa zat seperti protein, asid amino, asid lemak vitamin dan mineral yang bagus untuk kucing anda.

Kucing, Anak Kucing, Makan, Lucu, Lezat

Namun pemberian daging mentah perlulah berada dalam tahap yang sesuai dengan diet dan kesihatan mereka. Selain itu, gizi tinggi karbohidrat yang berasaskan kedai di dalam badan mereka sering menyimpan lebihan lemak.

Antara sebab kenapa sebahagian masyarkat membantah beri daging mentah kepada kucing kesayangan mereka ialah kerana:

1. Terdedah kepada kuman dan jangkitan,
2. Kurang pengetahuan mengenai komposisi produk dan keperluan yang sesuai haiwan untuk tubuh badan mereka,
3. Beranggapan kurangnya nutrien yang cukup di dalam daging mentah.

Kucing, Makanan, Makan

Tetapi kebanyakkan doktor haiwan menegaskan bahawa memberi kucing peliharaan daging mentah amat baik. Hal ini kerana mereka merupakan pemangsa yang semula jadi dan mereka boleh menyesuaikan makanan tersebut di dalam badan mereka.

Antara jenis daging mentah yang sesuai untuk kesihatan mereka:

1. Dada ayam atau peha,
2. Leher ayam atau sayap ayam kerana ia sangat baik untuk kebersihan gigi kucing,
3. Daging lembu.

Jika anda masih risau, anda boleh merebus terlebih dahulu bahagian-bahagian tersebut kerana ia lebih selamat dan sedap. Anda boleh melihat video ini di mana ia menerangkan kebaikan memberi makan daging mentah kepada kucing anda.

Sumber: Journal Online

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!