Air Kelapa Bagus Untuk Kucing? Ketahui Kebaikan & Keburukan Pada Si Bulus );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Air Kelapa Bagus Untuk Kucing? Ketahui Kebaikan & Keburukan Pada Si Bulus

Share
kelapa

Air kelapa sememangnya boleh dijadikan penawar penyakit seperti demam, selesema, batuk dan panas badan namun adakah ianya turut sama berkesan pada seekor kucing?

Tidak dinafikan, kebanyakan pemilik kucing sudah mula mempraktikkan air kelapa sebagai ubat pada kucing yang demam dan sebagainya.

Namun perlu diketahui bahawa, jika diberikan dengan terlampau kerap tanpa pantauan dan nasihat daripada pakar, ianya boleh membahayakan nyawa si meow anda.

Berikut berupakan senarai kebaikan dan keburukan minuman kelapa pada seekor kucing.

 

Khasiat Air Kelapa Pada Kucing

kelapa

Sama seperti manusia, minuman air kelapa juga selamat dan bagus untuk kesihatan seekor kucing

Air kelapa adalah sumber cecair semulajadi dan elektrolit dan juga mengandungi vitamin-vitamin dan garam galian.

Ia mengelakkan kucing daripada mengalami kekurangan air dan pada masa yang sama memberi kucing banyak khasiat.

Kajian menunjukkan bahawa air kelapa mampu membersihkan kulit dan bulu kucing, membantu penghadaman, meningkatkan cecair badan, mengurangkan keradangan dan sakit sendi.

 

Keburukan Air Kelapa Pada Kucing

kelapa

Meskipun ianya mampu memberikan banyak kebaikan pada seekor kucing, namun tidak semua jenis kucing mampu menerimanya dengan baik.

Air kelapa mempunyai kandungan potassium yang tinggi dan jika diberi secara berlebihan, dikhuatiri ianya boleh memberi kesan terhadap buah pinggang kucing dan boleh menyebabkan penyakit Hyperkalemia dan batu karang pada kucing.

Obesiti dan diabetes juga boleh dialami oleh kucing kerana air kelapa mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

kelapa

Secara konklusinya, minuman kelapa boleh diberikan pada seekor kucing dengan syarat dan pada waktu-waktu tertentu.

Seeloknya, bawa la kucing anda ke klinik pakar untuk dapatkan rawatan lanjut dan jika anda berhasrat ingin memberikan air kelapa pada si meow, berikannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

Jangan diberi dengan jumlah minuman yang sama seperti air kosong sudah la ye!

 

[Sumber]: interpretzz

 

Baca: Kucing Boleh Makan Sayur? 4 Jenis Sayuran Ini Baik Untuk Kesihatan Kucing

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!