Bahayanya Cakaran Kucing, Elak Terkena Jangkitan CSD );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bahaya Cakaran Kucing, Elak Terkena Catch Scratch Disease

Ain Huda
Share

Bermain dengan kucing kesayangan memang seronok. Tapi ada kalanya si bulus tak ada mood atau sedang marah menyebabkan anda terkena cakaran atau digigit.

Walaupun cakaran kucing tidak begitu teruk, tetapi anda jangan ambil ringan kerana anda berisiko terkena Cat-Scratch Disease (CSD).

Cat-Scratch Disease

CSD datangnya daripada cakaran kuku si bulus yang menyebabkan kuman. Jika anda dicakar jangan biarkan kucing menjilat pada kawasan luka kerana mengakibatkan infeksi pada luka.

Kawasan luka akan kemerahan, membengkak dan semakin sakit. Ada juga yang akan trauma kepada kucing. Mengikut kajian, jika seseorang mengalami trauma teruk terhadap kucing berkemungkinan pernah dicakar atau digigit dan mengalami infeksi.

Bakteria yang berpunca daripada cakaran kucing dikenali sebagai Bartonella henselae.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kuku kucing lebih bahaya daripada kuku anjing.

Simptom CSD

Penyakit CSD memang jarang berlaku kepada manusia tetapi jika dibairkan boleh menjadi lebih parah dan menyebabkan komplikasi terhadap otak, mata, jantung dan organ dalaman.

Bakteria daripada CSD mudah menyerang kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah dan individu yang mempunyai sistem imun badan rendah.

Simptom lain seperti demam. pening kepala, tidak selera makan dan cepat letih juga akan memberi kesan kepada individu yang terkena CSD.

Cara Rawatan Segera

Pertama sekali, anda perlu basuh luka dengan sabun untuk memastikan luka betul-betul bersih. Jika berlaku pendarahan, tekan kawasan luka dengan kain atau kapas. Jika pendarahan tidak berhenti, segera pergi ke hospital atau klinik. Dapatkan rawatan selanjutnya.

Berhati-hati dengan si bulus kesayangan!

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!