Bahaya Penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) Kepada Kucing Anda );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bahaya Penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) Kepada Kucing Anda

Avatar
Share

Menurut kajian penyakit Feline Infectious Peritonitis (FIP) merupakan sebuah penyakit yang tular dan dihidapi oleh kucing di seluruh dunia. Ia disebabkan oleh sejenis virus yang dipanggil coronavirus dan pada tahun 1970, virus ini telah menyebabkan berlakunya FIP ini terasing dan lebih berkarakter.

Anak Kucing, Mungil, Bayi, Kucing

FIP ini akan bermutasi di dalam tubuh badan kucing dan bergabung dengan sistem imunisasi mereka dan mencederakan organ dalam kucing anda. Tetapi jangan risau penyakit ini tidak akan merebak ke tubuh badan manusia.

Antara simtom dan tanda kucing anda mengalami penyakit FIP ini terbahagi kepada dua jenis iaitu basah dan kering di mana keduanya mempunyai ciri yang berbeza.

Ciri FIP Basah:
1. Tekanan pada abdomen mereka akibat pengumpulan cecair,
2. Sesak nafas akibat tekanan paru-paru,
3. Deman dan tidak kebah,
4. Tiada selera makan dan berat badan menurun,
5. Tekanan dan depresi.

Kucing, Luka-Luka Kucing, Kucing Sakit

Ciri FIP kering:
1. Pengumpulan sel kecil keradangan atau granumola,
2. Buang pinggang terjejas dan mengakibatkan rasa dahaga yang berlebihan,
3. Kencing berlebihan,
4. Mata juga turut terjejas.

Kucing yang mudah terjebak dengan FIP ini ialah kucing muda yang umurnya kurang dari 3 tahun tetapi ia juga mudah merebak pada kucing dewasa yang lain.

Coronavirus tersebut akan merebak melalui hidung dan mulut kucing ketika mereka membuang air besar. Kucing yang sering berkongsi kotak najis merupakan faktor utama penyebaran virus tersebut.

Sekiranya kucing anda mengalami tanda-tanda FIP, segera ke klinik veterinar yang berdekatan. Tetapi sehingga kini, masih kabur akan rawatan menangani FIP ini kerana ubatnya masih tiada. Cuma ubat menahan imuniti sahaja dan rawatan sokongan dapat diberi.

Sentiasa jaga kebersihan diri dan tempat mereka. Setidaknya anda dapat menghalang mereka dari terkena penyait yang kita sendiri tidak kenal pasti.

Sumber: Themamamiaow, Pet.WebMd

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!