Perangai Kucing Bertambah Baik Selepas Dimandulkan? Ini 4 Perubahan Yang Akan Terjadi Pada Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Perangai Kucing Bertambah Baik Selepas Dimandulkan? Ini 4 Perubahan Yang Akan Terjadi Pada Si Meow

Share
baik

Sesetengah pihak berpendapat bahawa kucing akan berubah menjadi lebih sopan sebaik sahaja dimandulkan, adakah ianya betul?

Tidak dinafikan bahawa memang akan ada beberapa perubahan pada si meow yang telah dimandulkan, namun ianya mungkin tidaklah sesopan dan sebaik yang disangka.

Ada juga beberapa perkara yang mungkin mengubah perangai si meow, bergantung pada situasi tertentu. Berikut merupakn 4 perubahan yang boleh anda perhatikan:

Menyembur/Memancut

baik

Masalah tingkah laku yang biasa terjadi pada seekor kucing adalah mereka kuat ‘memancut’!

Meskipun sudah disediakan litter box, namun si meow terutamanya kucing jantan, akan tetap berdegil untuk menyembur di kawasan lain yang tidak sepatutnya.

Namun masalah ini mungkin akan berkurangan sebaik mereka dimandulkan. Ini adalah kerana pemandulan dikatakan dapat mengurangkan atau menghapuskan sebanyak 85% perilaku semburan kucing jantan.

 


Baca Juga: Si Meow Kerap Seret Punggung Pada Lantai Selepas Makan? 3 Punca Mengapa Ianya Berlaku


 

Sifat Agresif

baik

Pergaduhan antara kucing kebiasaannya berpunca daripada perebutan wilayah ataupun persaingan dalam mendapatkan pasangan.

Untuk itu, kucing jantan yang dimandulkan akan kurang tertarik untuk berdaya saing dalam apa situasi sekalipun.

Perubahan si meow akan terlihat pada sikap dan tingkah laku mereka yang sedikit pasif dan manja selepas disunatkan.

 

 

Tarikan Seksual

baik

Kucing sama ada jantan ataupun betina, masing masing mempunyai keinginan yang kuat untuk bersama lebih-lebih lagi ketika musim mengawan.

Berdasarkan fakta oleh VCAhospitals, pemandulan dapat mengurangkan sebanyak 90% kes kelahiran dan mengawan dalam kalangan kucing.

Manakan tidak, dah disunatkan, mana nak ada nafsu lagi kan?

 

 

Perubahan Fizikal

Berita baik buat si pemilik kucing, si bulus anda dikatakan akan menjadi lebih pembersih, kurang berbau,dan membesar dengan lebih sihat.

Selain itu, air kencing si meow juga akan kelihatan lebih bersih serta kurang berbau.

Sesetengah pemilik kucing mungkin menginginkan si bulus mereka untuk kekal aktif dan boleh melahirkan lebih ramai anak.

Oleh itu, kesan pemandulan ini mungkin bukanlah satu perkara yang menggembirakan buat mereka, namun ianya terpulanglah pada seeorang individu itu.

Apa pula pendapat anda, adakah pemandulan kucing ini sesuatu yang wajar dilakukan ataupun tidak?

 

[Sumber: vcahospitals]

 

Baca Juga: 8 Tanda Kucing Anda Dijangkiti Cacing

Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!