Bandingkan Umur Si Bulus Dengan Manusia, Pasti Terkejut! );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bandingkan Umur Si Bulus Dengan Manusia, Pasti Terkejut!

Share

Kita selalu nampak anak kucing yang aktif dan suka melompat. Semakin besar, si bulus ni jadi semakin malas. Sebenarnya kucing dewasa bukan pemalas dan tidak aktif tapi dia sudah tua! Ya, kucing walaupun tua masih nampak comel dan manja.

Tahukah anda umur kucing dan manusia berbeza, cara pengiraan juga sangat lain. Jadi, jika mahu bandingkan umur kucing dengan umur manusia ada cara pengiraannya. Lebih mudah jika bahagikan dalam beberapa kumpulan.

Kitten

Anak kucing yang baru dilahirkan hingga umur enam bulan.

Junior

Tujuh bulan hingga dua tahun.

Prime

Tiga tahun hingga enam tahun.

Mature

Tujuh tahun hingga 10 tahun.

Senior

11 tahun hingga 14 tahun.

Geriatric

15 tahun dan ke atas.

Bayangkan kalau si bulus kesayangan anda sudah cecah 15 tahun, rupa-rupanya sudah terlalu tua! Tetapi kucing yang dijaga rapi dan kesihatan sering dipantau kucing memang boleh hidup lebih dari 10 tahun. Kalau umur kucing anda 10 tahun, berapakah umur seorang manusia?

Umur manusia 56 tahun jika dibandingkan dengan umur kucing yang baru 10 tahun. Jadi, janganlah pelik kucing jadi tidak periang, malas dan tak nak bermain kerana dia terlalu tua untuk menghiburkan hati.

Check umur si bulus anda sekarang dan bandingkan dengan umur manusia, mesti ramai yang mempunyai kucing lebih tua dari tuannya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!