Berhenti Tarik Ekor Kucing! 5 Sebab Kenapa Ia Boleh Membahayakan Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Berhenti Tarik Ekor Kucing! 5 Sebab Kenapa Ia Boleh Membahayakan Si Meow

Share

Perbuatan menarik ekor kucing sering dipandang remeh oleh sesetenah pihak dan ianya kerap terjadi pada si meow.

Tidak dinafikan bahawa sesetengah kucing memiliki ekor yang panjang dan berpintal-pintal namun itu tidak bermakna anda boleh menariknya dengan sesuka hati.

Golongan kanak-kanak mahupun dewasa sering dilihat menarik ekor kucing sebagai tanda gurau namun ketahuilah bahawa perbuatan tersebut amatlah dibenci si meow.

Berikut merupakan 5 perkara yang boleh membahayakan kucing jika ekor mereka kerap ditarik.

Sensitif

tarik

Buat pengetahuan anda, ekor kucing merupakan anggota badan yang bersambungan daripada tulang badan mereka dan ianya tersangatlah sensitif jiga diusik.

Segala saraf, urat, otot dan tulang kecil yang terjalin di sana sangat rapuh dan lemah jika dibandingkan dengan anggota bahagian lain.

Oleh itu, kucing akan sentiasa melindungi ekor mereka daripada sebarang kecederaan yang berlaku. sebab tulah kalau korang perasan ekor kucing sentiasa bergerak!

 

Menyebabkan Tekanan

tarik

Sentuhan fizikal yang dilakukan terhadap si meow boleh memberikan tekanan dan kesakitan pada mereka kerana keseluruhan tulang belakang mereka akan terasa seperti ditarik.

Ekor yang dicengkam ataupun ditarik secara tidak langsung akan menyebabkan kucing bertindak balas agresif terhadap si pelaku.

Akibatnya, si meow akan mula hilang kepercayaan dan mula menjauhkan diri daripada anda akibat hilangnya rasa selamat.

 

Rasa Dalam Bahaya

tarik

Kebiasaannya kucing sering dimanjakan dengan belaian dan kasih sayang oleh si pemilik namun sebaik sahaja ekor mereka mula disentuh, secara automatiknya anda akan tergolong dalam ancaman mereka.

Walaupun dengan sentuhan yang lembut pada bahagian tersebut, sesetengah kucing akan bertindak melarikan diri ataupun menggunakan kekasaran demi mepertahankan ekornya.

 

Terdapat Luka Tidak Diketahui

tarik

Sama seperti anggota bahagian lain, ekor kucing juga boleh mengalami kesakitan akibat terkehel, patah ataupun luka yang tidak diketahui.

Ini adalah kerana, kebanyakan kucing memiliki ekor yang panjang dan ianya merupakan bahagian yang paling menonjol dan terdedah kepada kecederaan yang tidak disengajakan.

Dalam hal ini, perbuatan menarik ataupun menyentuh ekor kucing yang cedera boleh mengakibatkan si meow marah dan tidak selesa.

Maka jangan pelik jika si meow bertindak di luar kawalan dan agresif pada anda!

 

Lumpuh

tarik

Ekor yang cedera akibat ditarik berkemungkinan besar boleh mengakibatkan lumpuh di bahagaian belakang kucing.

Ekor yang tercedera teruk akan menyebabkan otak tidak dapat menerima sebarang isyarat yang biasanya dilalui kucing melalui ekornya.

Kucing akhirnya boleh mengalami lumpuh ekor, kaki belakang serta mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah pihak namun sedarlah bahawa kucing sebenarnya tidak suka ekornya diusik apatah lagi ditarik.

Adalah penting untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka tentang salah laku perbuatan menarik ekor kucing.

Kalau tak habis ditariknya budak-budak ni nanti kan?

 

[Sumber: momsmoney]

 

Baca Juga: Kucing Masih Berbau Busuk? Walaupun Dah Dimandikan? Ketahui Punca Mengapa Ianya Terjadi

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!