Apa Itu Catnip? Betulkah Ia Bagus Untuk Si Bulus? Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Apa Itu Catnip? Betulkah Ia Bagus Untuk Si Bulus?

Share
kucing catnip

Terdapat pemilik kucing yang gemar memberi kucing mereka catnip kerana gemar melihat tindak balas kucing mereka terhadap tumbuhan itu.

Tetapi, apa sebenarnya catnip dan mengapa kucing bertindak balas seperti sedang khayal ketika diberikan catnip?

Apa itu catnip?

Catnip adalah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam spesis pudina. Bahagian bawah daun catnip mempunyai kelenjar yang dipenuhi dengan bahan kimia yang dipanggil nepetalactone. Apabila kucing mengunyah atau menggosok daun tersebut, minyak nepetalactone akan dibebaskan.

Catnip boleh dijumpai di kebun atau boleh tumbuh secara semula jadi di kawasan yang mempunyai cahaya matahari dan kelembapan yang baik. Catnip juga boleh dibeli dalam bentuk yang sudah diproses, selalunya catnip kering, untuk diberikan kepada kucing. Selain itu, terdapat juga mainan kucing yang sudah dimasukkan catnip di dalamnya.

Apabila kucing diberikan catnip, mereka akan menggosok badannya, mengunyah, menggigit, atau menjilatnya, yang menyebabkan tindak balas daripada tumbuhan itu berlaku.

Bagi kucing yang mempunyai pengalaman positif dengan catnip, ia dapat membantu mengurangkan kegelisahan dan melegakan kesakitan.

Terdapat doktor haiwan yang mengesyorkan penggunaan catnip bagi kucing yang mengalami seperation anxiety (berasa gelisah atau ketakutan apabila ditinggalkan) sekiranya kucing berada di rumah bersendirian untuk jangka masa yang panjang.

Bagaimana kucing boleh bertindak balas terhadap catnip?

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa apabila dihidu, catnip boleh menyebabkan tindak balas kimia bersifat “gembira” pada kucing dewasa, tetapi apabila dimakan, kemungkinan kucing akan menjadi seakan-akan letih atau relaks seperti sedang berkhayal.

Ini adalah disebabkan oleh organ yang disebut kelenjar vomeronasal di bahagian atas mulutnya. Organ ini membolehkan aroma yang dikumpulkan di bahagian hidung dan mulut dibawa ke otak.

Namun, kajian yang berbeza menyatakan bahawa setiap kucing mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap catnip. Ada juga kucing yang kelihatan ‘kalis catnip’ dan tidak menunjukkan kelakuan yang berbeza apabila diberikan catnip.

Adakah catnip boleh diberikan kepada anak kucing?

Boleh sahaja. Tetapi, penyelidik mendapati bahawa anak kucing yang berusia bawah 1 tahun tidak bertindak balas terhadap catnip sehinggalah mereka mencecah usia dewasa. Ini mungkin disebabkan oleh organ vomeronasal (organ yang menganalisa aroma) mereka masih belum berkembang.

Sebilangan anak kucing juga mungkin merasakan catnip tidak menyenangkan. Oleh kerana anak kucing sudah cukup aktif dan sering bermain dengan sendirinya tanpa perlu dipaksa, tidak perlulah untuk memperkenalkan catnip pada usia.

Bolehkah kucing ‘overdose’ terhadap catnip?

Apa sahaja yang dimakan dalam dos yang berlebihan adalah tidak bagus, begitu juga catnip. Memberi kucing anda catnip terlalu banyak boleh menyebabkan masalah kesihatan pada kucing, seperti muntah, cirit-birit, pening, atau mengalami masalah berjalan.

Gunakan sedikit sahaja pada satu-satu masa. Untuk lebih selamat, anda boleh bertanya kepada pakar tentang jumlah yang sesuai untuk kucing anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!