Boleh Ke Bagi Kucing Makan Sayur? Jawapannya Boleh, Tetapi Ada Pantang Larangnya );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Boleh Ke Bagi Kucing Makan Sayur? Jawapannya Boleh, Tetapi Ada Pantang Larangnya

Share
kucing

Secara semula jadi, kucing adalah haiwan karnivor, bermakna mereka harus makan daging untuk mendapatkan sumber protein yang diperlukan. Sumber protein adalah sangat penting bagi kucing kerana di dalamnya terdapat khasiat dan nutrien yang penting untuk tumbesaran dan tenaga hariannya.

Namun, bolehkah anda memberi kucing sayur-sayuran? Jawapannya boleh. Tidak salah untuk memberi kucing anda sayur dalam kuantiti yang sedikit sebagai snek, tetapi anda harus ingat bahawa kucing adalah haiwan karnivor.

Jangan beri si bulus sayur-sayuran dengan kerap kerana ini boleh menyebabkan dietnya tidak seimbang, seterusnya jatuh sakit. Malah ada beberapa jenis sayur yang bagus untuk kesihatan kucing dan dapat memberi khasiat tambahan kepada mereka.

Tetapi harus diingatkan bahawa tidak semua sayur adalah bagus untuk kucing. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang berbahaya kepada kucing dan boleh menyebabkannya jatuh sakit seperti bawang merah, bawang putih, bawang bombay, daun bawang, kucai dan anggur.

Jadi, apakah sayur-sayuran yang boleh anda beri kepada kucing?

 

1. Brokoli

Brokoli merupakan sumber serat yang amat baik, yang mampu membantu sistem pencernaan si bulus. Sifatnya yang anti-oksidan juga bagus bagi si bulus.

 

2. Kacang pis

Kacang pis juga bagus untuk si bulus kerana mengandungi gabungan protein dan karbohidrat yang sesuai buat kucing.

3. Lobak merah

Lobak merah mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang baik termasuk vitamin A, khasiat yang penting bagi kucing. Pastikan anda rebus dahulu sebelum diberikan kepada si bulus dan potong kecil-kecil bagi mengelakkannya tercekik.

 

4. Labu

Labu mengandungi serat yang baik untuk usus kucing selain dapat melegakan masalah sembelit atau cirit-birit.

5. Kacang panjang

Kacang hijau adalah sayur yang bagus dimakan oleh kucing yang mempunyai berat badan berlebihan. Ia dapat membantu sistem pencernaan kucing serta mengawal berat badannya.

 

6. Bayam

Selain mengandungi vitamin dan mineral, bayam adalah sayur yang memberi kesan anti-keradangan pada kucing. Namun, ia mengandungi kalsium oksalat yang bahaya buat saluran kencing si bulus jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!