Bolehkah Kucing Peliharaan Diberi Minum Susu?

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bolehkah Kucing Peliharaan Diberi Minum Susu?

Share

Kita sudah dibesarkan dengan visual bahawa kucing sangat sukakan susu. Sama ada dalam cerita kartun ataupun buku cerita kanak-kanak, semuanya memaparkan kucing cukup sukakan susu.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, susu tidak baik untuk kesihatan kucing.Memang benar,kucing akan minum dengan berselera jika diberi susu, ini kerana kucing itu sendiri tidak tahu akan bahaya susu kepada badan mereka.

Selepas bercerai susu,kucing tidak sepatutnya minum susu. Ini adalah kerana mereka berubah menjadi tidak mesra laktosa

Apa itu laktosa ?

Laktosa ialah sejenis gula di dalam susu. Ia perlukan enzim lactase untuk dihadamkan. Kucing yang telah bercerai susu tidak mampu untuk menghasilkan enzim ini untuk menghadamkan susu secara sempurna.

Ya memang betul semangkuk susu tidak akan membawa maut kepada kucing, tetapi kesan meminumnya akan membawa masalah besar kepada kucing tersebut bersama penjaganya. Kerana ia akan menghasilkan kotoran yang berbau busuk

Susu lembu tidak akan memberi nutrisi kepada kucing anda dan juga bukanlah makanan terbaik.

Apakah pengganti terbaik untuk susu?

Sebenarnya, air sahaja sudah mencukupi untuk kucing. Walaupun kedegaran agak biasa tetapi air masak lebih baik.Kucing tidak mempunyai air dalam diet harian mereka dan sukar untuk kucing merasa dahaga. Untuk menarik lebih perhatian kucing terhadap air, belikan mereka mesen air (drinking fountain). Mereka suka meminum air dari sumber yang mengalir

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!