Bulu Kucing Gugur & Kusut? Ketahui 3 Jenis Sikat Yang Sesuai Untuk Rawat Masalah Ini );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bulu Kucing Gugur & Kusut? Ketahui 3 Jenis Sikat Yang Sesuai Untuk Rawat Masalah Ini

Share

Bulu kucing diibaratkan seperti sebuah mahkota yang perlu dijaga rapi kerana ia mempengaruhi keseluruhan rupa mereka.

Namun begitu, penjagaan bulu si meow tidaklah semudah seperti yang disangka kerana pelbagai masalah yang boleh terjadi seperti keguguran, kusut, kasar, bergumpal dan juga tidak sekata.

Sebagai pemilik kucing, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga serta menyediakan yang terbaik buat si meow dengan menggunakan peralatan sikat yang bersesuaian.

Maklumlah, kucing mana reti jaga kebersihan.. Keluar rumah bersih, balik habis berhabuk dan kotor satu badan kan?

Berikut merupakan kesan buruk yang dihadapi serta 3 jenis sikat yang boleh digunakan mengikut kesesuaian tahap kondisi si bulus anda.

Bahaya Bulu Bersimpul

jenis

Bulu yang tersimpul boleh menyebabkan kucing merasa sakit kerana kulit mereka akan terasa seperti tertarik akibat daripada simpulan itu.

Selain itu, ia juga akan memerangkap segala jenis kekotoran serta lembapan yang boleh mengakibatkan penyakit kulit yang serius.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menyikat bulu kucing kerana ia dapat mengurangkan bebola rambut dan juga mengurangkan pembentukan bulu yang tersimpul ataupun terselirat di lapisan bawah badan mereka.

 

Sikat Bergigi Besi

jenis

Sikat bergigi besi sesuai digunakan sebagai rutin harian pada kucing. Walaubagaimanapun, giginya perlulah halus, licin dan tumpul di penghujungnya bagi megelakkan sebarang kecederaan kulit si meow.

Sisirnya yang halus berfungsi untuk membuang kekotoran dan juga kutu manakala sisir yang jarak pula sesuai digunakan untuk merapikan bulu kucing yang tebal.

Kedua-dua jenis sikat ini sesuai digunakan di kawasan sekitar bahagian kepala dan juga bahagian sensitif si meow.

 


Baca Juga: [VIDEO] Kucing Tak Balik Rumah? Lelaki Ini Kongsi Petua Temukan Kucing Yang Hilang


Berus

Berus yang berbulu kasar semulajadi ataupun nilon merupakan yang terbaik dalam kalangan sikat yang lain.

Namun perlu diketahui bahawa berus nilon kuang berkesan utuk membuang bulu yang rosak kerana ia menghasilkan lebih banyak geseran daripada jenis semulajadi.

Selain itu, berus jenis pelicik juga sangat sesuai digunakan untuk menyikat. Berus ini berbentuk segi empat serta berdawai pendek dan keras.

Berus ini berfungsi menyingkirkan bulu kucing yang sudah mati terutamanya kucing yang berbulu pendek.

Sikat Kutu

jenis

Sikat kutu merupakan peralatan wajib yang harus dimiliki setiap pemilik kucing.

Selain daripada memerangkap kutu, ia juga berfungsi membuang segala kekotoran, daki serta bulu yang gugur daripada si meow.

Hati-hati kalau gunakan sikat ni tau, giginya halus dah sedikit tajam. Kalau sikat kuat-kuat boleh luka badan si meow nanti!

 

[Sumber: alamkucing]

 

Baca Juga: 5 Kebaikan ‘Lion Cut’ Kucing Yang Anda Perlu Tahu

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!