Adakah Bulu Kucing Punca Alahan Pada Manusia? );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Haimeow

Adakah Bulu Kucing Punca Alahan Pada Manusia?

Share
alahan

Lebih kurang 10% dari jumlah populasi manusia mengalami alahan yang disebabkan oleh haiwan peliharaan, dan malang sekali kucing merupakan antara haiwan kesayangan yang paling kerap menjadi penyebabnya.

Bila kenalan korang menghampiri kucing yang berikan alahan, mereka mungkin mengalami pelbagai gejala akibat kerengsaan mata dan bengkak, mendengus kecil dan bersin, ataupun serangan asma yang berpotensi mengancam nyawa.

BACA JUGA: 8 Baka Sesuai Bagi Mereka yang Mempunyai Alahan Terhadap Bulu Kucing

Walaupun reaksi alahan kepada si comel cenderung untuk muncul pada awal dewasa, kita boleh membentuk alergi pada bila-bila masa dalam kehidupan seharian tanpa disedari.

Pada sesetengah orang yang alami alergi kucing, tindak balas berlaku hampir serta-merta.

Bulu Bukan Puncanya

Kebanyakan orang menyalahkan bulu kucing sebagai punca utama ada nya alahan. Jawapannya adalah tidak.

Sebenarnya, alergi kepada kucing terjadi bukan pada bulunya. Menurut pakar veterinar, manusia yang alah pada kucing sebenarnya mengalami alergi kepada protein (glycoprotein F1) yang terdapat kulit, kelenjar minyak dan pada air liur kucing.

Disebabkan semua kucing gemar menjilat dan membersihkan dirinya sendiri, maka bahan ini meliputi seluruh tubuh si comel.

Tubuh manusia yang mempunyai alergi terhadap protein ini akan bertindakbalas berlebihan kerana menganggap protein tersebut suatu allergen yang berbahaya. Jadi, gejala alergi yang timbul adalah disebabkan reaksi yang berlaku.

Korang Masih Boleh Bela Tetapi Kena Jadi Pembersih

Jadi, jika korang ada alahan tapi masih berkeras untuk membelanya, jangan risau, ada jalan penyelesaiannya.

Kadang, bukan bulu kucing yang korang alergi, mungkin juga berpunca daripada habuk dan hama di rumah.

Korang boleh ikuti 9 tips ini demi kesejahteraan hidup bersama

1. Basuh tangan selepas pegang si bulus.
2. Tukar pakaian selepas bermain dengannya.
3. Elakkan mengusap pada kawasan kelenjar minyak seperti dagu, pipi, kawasan di antara tulang bau dan pangkal ekor.
4. Bilik tidur adalah kawasan larangan.
5. Sediakan penapis atau pembersih udara.
6. Guna syampu atau perapian anti-alergi.
7. Dandan, sikat, dan berus kucing.
8. Guna hiasan rumah yang mudah dibasuh kerana karpet, bantal, dan langsir mudah memerangkap alahan.
9. Kerap bersihkan rumah korang.

Semoga tips ini membantu korang yang sememangnya pencinta kucing!


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!