Bulus Juga Perlu Divaksin! Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Kucing );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Bulus Juga Perlu Divaksin! Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vaksin Kucing

Share
Vaksin Bulus

Seperti manusia, kucing juga memerlukan vaksin bagi melindungi mereka daripada penyakit serius dan yang boleh mengancam nyawa.

Vaksin kucing telah terbukti secara saintifik mampu melawan dan mencegah penularan penyakit-penyakit kucing yang berbahaya dan membawa maut.

Pemilik yang bertanggungjawab pasti mahu melindungi dan mencegah bulusnya daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

Sama ada anda mempunyai anak kucing atau kucing dewasa, kucing indoor atau outdoor, anda harus membawanya berjumpa doktor haiwan untuk divaksinasi. Biasanya doktor akan mengesyorkan vaksin yang bulus anda harus ambil bergantung pada usia, tahap kesihatan, dan gaya hidup mereka.

 

Seawal usia berapa kucing harus divaksinasi?

Anak kucing harus mendapatkan dua dos vaksin sebagai permulaan, iaitu seawal usia 6 hingga 8 minggu dan ketika ia mencapai usia sekitar 3 bulan. Selepas itu, mereka memerlukan vaksin ‘booster‘ selepas 12 bulan. Apabila kucing telah mencecah usia dewasa, ia tidak memerlukan vaksin sekerap anak kucing – biasanya setiap tahun atau setiap 3 tahun, bergantung pada jenis vaksin.

lidah

Vaksin apa yang kucing saya perlukan?

Terdapat beberapa vaksin yang disyorkan untuk semua kucing. Vaksin-vaksin ini melindungi kucing daripada:

  • Rabies
    Ini ini sangat penting kerana penyakit rabies bukan sahaja boleh membahayakan kucing tetapi ia boleh menjangkiti manusia (bersifat zoonosis
  • Panleukopenia (Parvo)
    Virus ini membunuh sel darah putih kucing dan boleh menyerang organ penting kucing. Ia sangat mudah menular dan kadar kematian bagi kucing yang terkena virus ini adalah tinggi.
  • Calicivirus
    Virus ini menyebabkan gangguan pernafasan bahagian atas pada kucing. Ia menyerang saluran pernafasan (saluran hidung dan paru-paru), mulut (ulser), usus dan sistem tulang dan otot.
  • Rhinotracheitis
    Virus ini juga menyebabkan gangguan saluran pernafasan bahagian atas pada kucing. Terdapat beberapa gejala yang ditunjukkan antaranya kerap bersin, hidung tersumbat atau berair, dan radang mata (konjungtivitis). Dalam kes tertentu , ia juga boleh menyebabkan menyebabkan pneumonia dan bisul di bahagian mulut.

Vaksin untuk Rhinotracheitis, Calicivirus, dan Panleukopenia kebiasaannya tersedia dalam satu suntikan (FVRCP)

Selain itu kucing anda mungkin memerlukan vaksin tambahan lain bergantung gaya hidupnya, seperti berapa lama ia habiskan masa di luar, berapa kerap ia bersama kucing lain atau jika terdapat penyakit yang sering berlaku di kawasan anda.

Antara vaksin lain yang diperlukan kucing adalah:

  • Feline Leukemia (FeLV)
    Virus ini merebak melalui cecair tubuh seperti air liur, najis, air kencing, dan susu. Vaksin untuk FeLV disyorkan untuk kucing outdoor. Penyakit ini tidak boleh disembuhkan, jadi pencegahan adalah penting.
  • Bordetella
    Kucing yang dibawa ke salun haiwan dan tinggal di hotel kucing disyorkan kerana virus ini cepat tersebar di tempat yang terdapat banyak haiwan. Vaksin tidak dapat mencegah penyakit ini, tetapi dapat mengelakkan kucing sakit teruk.
  • Chlamydia Felis
    Jangkitan ini disebabkan oleh organisma bakteria yang dipanggil Chlamydophila felis. Tanda-tanda bagi kucing yang dijangkiti selalunya melibatkan mata atau saluran pernafasan atas (hidung atau tekak). Jika tidak dirawat, ia akan merebak ke paru-paru. Bakteria ini juga dilaporkan boleh menjangkiti saluran kemaluan dan sendi.
cat curfew

Adakah terdapat kesan sampingan bagi kucing yang divaksinasi?

Kesan sampingan yang paling biasa adalah kelesuan, hilang selera makan atau kesakitan di kawasan suntikan, biasanya berlaku selama beberapa hari. Jika perkara ini berterusan, anda harus bawanya berjumpa doktor.

Kesan sampingan yang lebih teruk adalah muntah-muntah, cirit-birit, tempang, demam, tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan, atau benjolan di tempat suntikan. Jika bulus anda menunjukkan tanda-tanda ini, segera bawanya berjumpa doktor. -bulus bulus bulus-

Sumber: PetMD
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!