5 Cara Untuk 'Kahwinkan' Si Comel Anda

Type to search

Haimeow Kesihatan

5 Cara Untuk ‘Kahwinkan’ Si Comel Anda

Share

Haiwan peliharaan mempunyai nafsu untuk mengawan dan apabila tiba musimnya, anda pasti runsing memikirkan cara untuk mencari pasangan untuk kucing di rumah.

Kebanyakan pemilik kucing di luar sana sering beranggapan bahawa kucing bebas menentukan siapa sahaja pasangan mereka namun perlu diingati, tidak semua kucing reti untuk berbuat demikian ye.

Sebagai pemilik kucing, anda juga berhak menentukan siapa pasangan si meow anda supaya tidak dijangkiti kuman, penyakit dan sebagainya.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengetahui kucing anda ingin mengawan atau sebaliknya.

 

Periksa Tahap Kesihatan Kucing

cara

Pastikan kedua-dua pasangan kucing yang hendak dikahwinkan berada dalam kesihatan yang baik dan bebas dari sebarang luka.

Adalah penting untuk anda memastikan keadaan kesihatan si meow supaya tidak berjangkit

 

Perhatikan Ciri Dan Tanda-Tanda Kucing Bernafsu

cara

Perkara ini perlu diketahui agar dapat mempermudah proses kahwin antara dua kucing yang tidak saling mengenali.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sekiranya kucing anda dalam mood mengawan.

Tanda Nafsu Pada Kucing Jantan

  • Nampak garang dan gelisah
  • Selalunya kencing bersepah
  • Selalunya meow dengan suara yang kuat
  • Lari kerana mengejar kucing betina
  • Kucing jantan sering dilihat mengikuti kucing betina

Tanda Nafsu Kucing Betina

  • Manja dan mudah marah
  • Sama seperti jantan, kucing betina suka meow secara tidak jelas ketika mereka sedang panas
  • Selalunya berguling-guling
  • Kerap membuang air kecil

 

Lakukan Proses Penyesuaian

cara

Kucing juga mempunyai sifat malu dan takut untuk berinteraksi sesama kucing lain dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk mereka bersuai kenal.

Kebiasaanya kucing betina akan bertindak agresif terhadap kucing jantan yang cuba mendekati mereka.

Untuk mengelakkan perkara ini, anda boleh cuba letakkan mereka di dalam sangkar berasingan dan tempatkan mereka secara bersebelahan antara satu sama lain.

cara

“Dari mata jatuh ke hati, lama kelamaan pasti terjatuh hati”

Peluang itu akan memberikan masa buat si meow untuk saling melihat dan mengenali bau masing-masing.

Selang beberapa hari kemudian, anda boleh cuba menyatukan mereka di dalam satu sangkar yang besar. Hubungan si meow akan kelihatan lebih akrab dan mesra apabila mereka sudah kenal satu sama lain.

 

Pisahkan Mereka Untuk Seketika

cara 

Langkah terakhir yang perlu dilalui sebelum mereka disatukan adalah tempoh pemisahan.

Apabila hubungan mereka sudah semakin mesra, cuba pisahkan mereka untuk tempoh satu hingga dua hari.

Ianya bertujuan untuk mewujudkan perasaan rindu sesama mereka dan meningkatkan lagi keinginan mereka untuk mengawan.

 

Proses Mengawan

cara

Akhirnya, si meow yang asalnya garang dan ketakutan akan mula merasa selesa dan mengawan dan fasa ini boleh dikatakan sebagai proses kahwin.

Proses ini akan dapat dilihat apabila dua perkara ini berlaku.

  • kucing jantan memasuki pusingan nafsu dengan kerap menghidu bahagian bawah kucing betina
  • kucing betina selalu menaikkan bahagian bawahnya ketika terhidu atau menerima sentuhan.

Sekiranya ciri-ciri ini berlaku, proses pembiakan kucing akan bermula.

Sekiranya anda memiliki kucing betina, maka bersiap sedia la untuk menjaga kucing hamil pula selepas ini!

 

Sumber: trikmerawat

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!