4 Cara Mudah Untuk Dapatkan Bulu Kucing Yang Sihat Dan Cantik - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

4 Cara Mudah Untuk Dapatkan Bulu Kucing Yang Sihat Dan Cantik

Share
Bulu Kucing

Bagi anda yang memiliki kucing di rumah, pastinya anda inginkan si bulus anda mempunyai bulu yang sihat dan cantik kan? Barulah best nak peluk dan gomol si bulus.

Bulu yang kusut dan sentiasa gugur adalah igauan bagi setiap pemilik kucing.

Kucing yang mempunyai masalah bulu akan mengalami pelbagai masalah seperti berikut;

• Bulu bergumpal (hairball)
• Muntah hairball yang kerap boleh menyebabkan sembelit
• Keguguran bulu yang sangat teruk
• Jangkitan fungal, menyebabkan berlakunya ringworm, dikhuatiri berjangkit pada kulit anak-anak
• Kutu

Sebenarnya tak susah pun untuk anda menjaga bulu si manja.

Berikut adalah tips untuk memastikan bulu kucing anda sentiasa sihat dan cantik:

1. Diet yang sihat

Diet yang berkahsiat serta bernutrisi adalah adalah kunci utama kepada bulu yang sihat dan cantik.

Makanan yang mempunyai omega 3 penting bagi membantu si bulus mendapatkan kulit yang sihat, seterusnya menyebabkan bulu menjadi sihat dan bersinar.

 

2. Lindungi daripada parasit (kutu & cacing)

Kutu adalah musuh utama kepada bulu si bulus yang sihat, terutamanya kucing berbaka longhair seperti Persian dan Maine Coon.

Kutu pada bahagian badan si bulus menyebabkan bulu serta kulit menjadi tidak sihat dan menyebabkan bulu mudah gugur.

Cacing di dalam usus juga boleh mengganggu nutrisi yang diserap dalam badan, menyebabkan kulit serta bulu kusam dan kering.

Bawa kucing anda berjumpa vet bagi pemeriksaan kutu dan pastikan kucing anda dilindungi dengan anti-parasite (kutu, telur kutu, kutu telinga, heartworm dan hama).

3. Sikat dan berus bulu si bulus

Sikat dan berus bulu kucing anda setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Menyikat bulu kucing dapat mengelakkan bulu si bulus daripada bergumpal, manakala memberus dapat membersihkan dasar kulit dari kulit mati serta dapat membantu peredaran darah.

Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan si manja.

 

4. Mandikan jika perlu

Jika kucing anda lihat si bulus sangat kotor atau mengalami kegatalan, anda boleh membantunya membersihkan diri dengan memandikannya.

Pastikan anda memilih syampu yang khusus bagi kucing, bukan syampu manusia kerana kandungan pH yang tidak sesuai untuk kulit kucing boleh menyebabkan kulitnya kering, naik radang atau alergik.

Pastikan anda bilas dengan bersih bulu kucing anda dengan rapi selepas memandikannya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!