Cara ‘Kuburkan’ Haiwan Peliharaan Yang Mati
Share

Menurut sumber dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menanam bangkai haiwan seperti kucing, anjing dan sebagainya adalah wajib jika mengganggu manusia atau boleh memudaratkan kehidupan sekeliling namun tidak wajib jika tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan lain.
Tapi kalau haiwan peliharaan kita mati, mesti tak sampai hati untuk biarkan sahaja atau buang di merata tempat. Jadi, cara paling selamat adalah tanam bangkai kucing atau anjing. Lima cara tanam bangkai haiwan supaya tidak terbiar, berbau atau dimakan oleh haiwan lain.
Lokasi
Kalau haiwan peliharaan anda mati, tanam saja di kawasan rumah. Tak kisah depan atau belakang rumah. Cuma pastikan ia tidak berbau dan tidak mengganggu kejiranan. Jika ada haiwan yang mati dilanggar, seeloknya tanam di kawasan berdekatan kejadian.
Tanam Dalam Lubang
Buat lubang atau ‘kubur’ kucing. Ukuran lubang sebaiknya dua kali panjang kucing dan sedalam 30cm. Lebih dalam, lebih bagus supaya mengelakkan bau atau dikesan oleh haiwan lain dan digali. Kelebaran lubang bergantung pada saiz kucing atau haiwan peliharaan anda. Pastikan lubang kering.
Alas
Alaskan haiwan peliharaan anda dengan daun segar. Lebih baik jika daun yang besar dan lebar seperti daun pisang. Dengan berlapikkan daun segar, ia membantu mengurangkan bau bangkai haiwan tersebut.
Tutup Lubang
Selesai masukkan kucing, kambuskan tanah dalam lubang sehingga padat. Banyakkan tanah supaya tidak digali oleh haiwan lain.