Pantau Si Bulus. 4 Cara Supaya Kucing Minum Air Secukupnya );

Type to search

Cattiviti Haimeow Kesihatan

Sila Pantau Si Bulus Minum Air. 4 Cara Supaya Kucing Minum Air Secukupnya

Share

Bukan manusia sahaja memerlukan air yang cukup untuk badan, si bulus juga perlu minum air yang cukup supaya tidak ‘kering’.

Sebagai pemilik kucing korang kena pantau aktiviti seharian si bulus dan jumlah air yang diminum.

Memang susah sikit nak tengok setiap masa si bulus minum air, mungkin sebab korang kerja atau tidak ada di rumah tapi ada cara lain untuk mendorong si bulus korang untuk banyak minum air.

Kali ini HaiMeow share macam mana nak buat kucing kesayangan korang minum air dengan lebih banyak.

Air Yang Segar

Rajinkan diri korang untuk kerap tukar air dalam bekas. Kalau korang sediakan air dalam bekas, pastikan tukar air hari-hari.

Air yang terbiar beberapa hari dah tidak segar dan bersih.

Dalam bekas air juga kotor dan si bulus merasakan air sudah basi.

Basuh mangkuk atau bekas air setiap kali tukar air minuman.

Sebab tu pemilik kucing digalakkan menggunakan bekas air dispenser.

 

 

 

Pelbagaikan Jenis Air

Cuba beberapa jenis air, jangan selalu berikan kucing korang air paip je.

Ada air yang mengandungi fluorida tinggi yang dapat membantu kesihatan gigi si bulus.

Tetapi air yang bebas fluorida atau air penapis (water filter) rasanya lebih sedap dan segar.

Selain itu, cuba sediakan air dengan pelbagai suhu, contohnya air suhu bilik, air yang sejuk atau air sedikit suam. Eksperimen ini memudahkan korang pantau si bulus punya minuman kegemaran.

Jangan Isi Air Separuh

Ini adalah pantang si bulus! Korang jangan sesekali letak air separuh mangkuk. Ini membuatkan si bulus susah nak jilat dan minum.

Air separuh mangkuk membuatkan kepala kucing akan basah.

Kekerapan kucing minum air memberi tanda kepada kesihatan kucing seperti penyakit ginjal, hipertiroidisme atau diabetes.

Untuk kekalkan si bulus korang sentiasa hidrasi atau badan cukup air, pasti penyediaan makanan juga betul dan sesuai dengan keperluan badan kucing.

Buat Pilihan

Sediakan beberapa pilihan air untuk kucing korang. Contohnya, sediakan air dalam mangkuk dan bekas air dispenser.

Kalau kornag tidak ada bekas air dispenser, korang boleh cuba beberapa jenis mangkuk atau bekas air.

Ada sesetengah kucing menganggap mangkuk kaca lebih menarik daripada bekas plastik.

So, cubalah beberapa jenis bekas, ya!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!