Cara Memberus Gigi Kucing Dengan Betul Dan Selamat );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Cara Memberus Gigi Kucing Dengan Betul Dan Selamat

Share

Kucing mempunyai gigi yang memerlukan penjagaan seperti manusia, tetapi kebanyakan daripada kita sering mengabaikan untuk menggosok gigi kucing.

Sebahagian catparents akan terus menghantar si bulus mereka untuk mendapatkan rawatan pergigian tetapi jika ia tidak bermula dari rumah, masalah pergigian kucing tidak akan selesai. Malah, wang anda yang banyak terhabis.

Mengetahui cara menggosok gigi kucing dapat membantu anda mencegah masalah ini dan si bulus pun akan bebas dari kesakitan!

Kelengkapan yang diperlukan untuk memberus gigi kucing anda

Menyediakan kelengkapan terlebih dahulu sedikit sebanyak dapat memudahkan proses memberus gigi si bulus anda.

Sebahagian daripada kucing memerlukan anda untuk lebih bersabar atau meminta pertolongan orang lain untuk membantu, tetapi ada juga yang tidak kisah untuk giginya diberus.

Berus gigi bentuk jari

gigi kucing

Anda disarankan untuk menggunakan berus gigi bersaiz hujung jari yang dilengkapi dengan bulu berus. Hal ini kerana, kucing mempunyai mulut yang kecil dan gigi yang kecil jadi berus gigi biasa terlalu besar untuk melakukan proses ini.

Ubat gigi haiwan

gigi kucing

Anda tidak boleh menggunakan ubat gigi yang dipakai oleh manusia kerana ia mempunyai bahan-bahan yang boleh menjadi toksik kepada kucing. Tambah pula, rasa cecair ubat gigi itu juga tidak menarik untuk selera kucing.

Ubat gigi yang direka untuk kucing bukan sahaja selamat untuk ditelan kucing tetapi dapat membantu menjadikan proses ini lebih menyenangkan jika kucing anda suka dengan rasanya.

Tuala

gigi kucing

Tuala boleh digunakan untuk membalut tubuh kucing anda ketika tiba masanya untuk menggosok giginya. Teknik balutan ini membantu kucing berasa tenang dan aman serta mengelakkan kakinya dari memukul berus gigi.

Apabila anda sudah mempunyai kesemua barangan yang diperlukan untuk menggosok gigi kucing, anda sebenarnya sudah cukup bersedia untuk lakukannya!

Tip: Sebaik sahaja anda mendapat beberapa sapuan berus gigi, hadiahkan si bulus anda treats yang mereka mahu kemudian teruskan memberus jika perlu. Pastikan berhenti seketika jika kucing anda mula bergelut atau meraung.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!