'Catnip' Tak Semestinya Bagus Untuk Kucing, Ketahui Kesan Buruk Jika Selalu Beri Pada Si Meow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

‘Catnip’ Tak Semestinya Bagus Untuk Kucing, Ketahui Kesan Buruk Jika Selalu Beri Pada Si Meow

Share
kucing

Catnip ialah sejenis tumbuhan yang berkaitan dengan pudina dan memiliki kandungan minyak pati yang dipanggil nepetalactone, sejenis bahan kimia feromon yang akan membuatkan si meow berhalusinasi.

Sangat digemari oleh kucing, ianya sering berfungsi sebagai penenang pada si meow kerana rata-rata kucing sangat sukakan ‘catnip.

Namun begitu, tahukah anda bahawa di sebalik kegembiraan si meow bersama ‘catnip’, terdapat beberapa kesan buruk yang akan terjadi sekiranya ia diberikan secara berlebihan?

 


BACA JUGA: Kucing Suka Tidur Dengan Anda? 4 Sebab Si Meow Sering Jadikan Anda ‘Port’ Baring Mereka


Kucing Boleh Jadi Lebih Agresif

Dalam dunia kucing, sebahagian daripadanya merupakan pembuli.

Kucing seperti ini merupakan kumpulan yang sering bergaduh dan terpalit dengan isu perebutan wilayah kawasan tidak kiralah sama ada di rumah ataupun di kawasan lain.

Oleh itu, sekiranya anda memberikan catnip kepada kucing pembuli, ia boleh menyebabkan si meow menjadi lebih agresif dan sentiasa marah.

Boleh Mual & Muntah

Pendedahan terlampau banyak pada catnip boleh menyebabkan si meow terasa mual dan muntah akibat daripada bauan yang terlampau kuat.

Selain itu, dos yang berlebihan juga menjadi salah satu faktor si meow mengalami pening kepala dan toksik berlebihan pada badan mereka.

Lebih teruk, jika si meow menelan dan makan catnip tersebut. Silap-silap boleh pitam si meow nanti!

Paksaan Bagi Si Kucing

Berdasarkan kajian, kira-kira 20 peratus kucing tidak mempunyai daya tarikan pada catnip. Anak kucing berusia kurang daripada 8 minggu dan kucing senior cenderung untuk tidak bertindak balas terhadap catnip.

Akibatnya, si meow akan terasa seprti dipaksa untuk bertenang walhal, ianya langsung tidak memberikan impak padanya.

Sebaiknya, uji daya tarikan kucing anda terhadap produk tersebut sebelum berusaha keras untuk membelinya.

Kaedah Terbaik Untuk Berikan Catnip

kesan

  1. Menggunakan catnip kering
  2. Mengutamakan tumbuhan asli
  3. Menyediakan barangan mainan diperbuat daripada bahan catnip
  4. Bebola catnip sebagai alternatif

 

[Sumber: petmate]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *