Kucing Dilahirkan Berkepala Dua Hanya Mampu Bertahan 8 Jam );

Type to search

Cerita Haimeow Kesihatan

Kucing Istimewa Berkepala Dua Mampu Bertahan 8 Jam Selepas Dilahirkan

Share
lahir

Selalunya kucing yang dilahirkan istimewa ni ada kecacatan seperti kekurangan kaki tapi kali ni cukup berbeza dan rare kerana meow ini mempunyai dua wajah. Unik kan?

Tapi jika diperhatikan betul-betul, pilu dan sayu hati mengenangkan nasib makhluk kecil ini.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook bernama Nurashikin, 32, telah berkongsi pengalaman dan komplikasi yang dihadapiya ketika menjadi bidan untuk kucing.

Menurut Ashikin, ini merupakan kelahiran kedua buat kucingnya yang diberi nama Oya. Kalau ikutkan, Ashikin sudah tahu serba sedikit cara menyambut anak si bulus lahir jadi takdalah panik sangat.

Kira-kira 12.30 tengah malam, Oya yang sedang sarat bunting dilihat seperti tidak keruan dan Ashikin terus bantu mengurut badannya agar proses bersalin menjadi mudah. Tetapi kelahiran kedua Oya ini cukup berbeza.

Berdasarkan hantaran Ashikin, Oya berjaya melahirkan 6 ekor anak kucing 2 jam kemudian (2.30 pagi) namun satu daripadanya istimewa.  

Pemilik Oya terkejut apabila mendapati anak ke-4 dari kucing kesayangannya dilahirkan dengan dua kepala.

diprosopus
Sumber: Facebook/Eqin Nusuri

“Unik sangat ciptaan Yang Maha Esa.. Berkepala dua berbadan satu..,” tulis Ashikin dalam hantaran yang dikongsikannya di Facebook.

Oja pun nampak tersiksa sewaktu melahirkan anak istimewa itu kerana posisi badan si kecil berada dalam keadaan songsang dan juga faktor bentuk kepala yang dilihat lebih besar berbanding anak kucing normal.

Seorang profesor emeritus di UC Davis School of Veterinary Medicine, Niels Pedersen telah mengklasifikasikan kelahiran unik ini sebagai diprosopus.

lahir

Apa itu Diprosopus?

Niels menyifatkan diprosopus sebagai kelahiran ‘two-faced’ yang sangat jarang berlaku gangguan kongenital di mana bahagian aksesori (mata, hidung, mulut) atau seluruh wajah digandakan di kepala.

Diprosopus berkemungkinan berpunca dari dua embrio yang tidak lengkap, dimana ia merupakan kesan daripada aktiviti protein yang tidak normal bernama ‘landak sonik’ atau singkatannya SHH (Sonic the Hedgehog). Kelahiran rare ini bukan hanya terjadi pada kucing sahaja malah haiwan lain juga.

Kebanyakan haiwan mempunyai diprosopus akan mati dalam kandungan atau kelahirannya tidak dapat bertahan lama akibat kecacatan yang dialami.

Sama seperti anak kucing Oya yang istimewa itu, hanya mampu bertahan selama 8 jam sahaja.

lahir
Sumber: Facebook/Eqin Nusuri
lahir
Sumber: Facebook/Eqin Nusuri

“Sedih bila lihat baby meow tu, Oya tak mahu dekat dengan anak yang berkepala dua itu. Puas saya cuba dekatkan baby tu tapi langsung tak diendahkan Oya sampai la saya periksa pukul 10 pagi tengok baby tu dah tak bernyawa lagi,” jelas Ashikin.

Dalam pada itu, Nurashikin berkata, niatnya berkongsi kisah itu di FB sekadar untuk meluahkan perasaannya saja tetapi terkejut apabila menerima reaksi di luar jangkaan.

Rata-rata ramai yang berpendapat bahawa kucing istimewa seperti ini selalunya memang tidak dapat bertahan lama.

“Jujurnya, saya tidak tahu ada kucing dilahirkan dengan dua kepala sebelum ini sehingga membaca komen netizen yang berkongsi mengenai kisah sama di luar negara.

lahir
lahir
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!