Distokia, Masalah Kucing Sukar Untuk Bersalin Perlu Rawatan );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Distokia, Masalah Kucing Sukar Untuk Bersalin

Ain Huda
Share

Dystocia atau Distokia adalah masalah yang biasanya berlaku pada kucing yang mengandung tetapi tidak cukup umur. Ia masalah kesukaran kucing untuk beranak dan perlukan rawatan segera jika berlaku komplikasi semasa beranak.

Kucing mengandung selama 63 hingga 65 hari dari tempoh melakukan aktiviti seksual.

Kejadian ini mempunyai tiga tahap:

Pertama
Kucing akan mengalami kontraksi bersalin selama enam hingga 12 jam. Si bulus kelihatan sakit, tidak tentu arah, resah, pernafasan laju dan menunjukkan nesting behaviour yang tinggi.

Kedua
Si ibu kelihatan sakit apabila fetus mula keluar kerana kontraksi yang teruk. Jika anda melihat kejadian ini berlaku, segara bawa si ibu ke klinik veterinar berdekatan.

Tanda-tanda si ibu mengalami Distokia adalah:

  • Mengandung melebihi 70 hari
  • Si ibu terlalu lemah dan sakit
  • Si ibu mengalami kontraksi melebihi 24 jam tanpa melahirkan anak
  • Kontraksi berhenti lebih dari empat hingga lima jam
  • Bahagian vagina si ibu mengeluarkan bau busuk

Ketiga
Pastikan uri atau placenta keluar sepenuhnya dari ibu. Ia menandakan proses bersalin selesai dan selamat.

Punca Distokia

Distokia bukan sahaja berpunca dari si ibu, faktor anak juga akan menyebabkan si ibu sakit dan tidak dapat beranak secara normal.

Ibu
Pembentukan tulang pinggul atau laluan untuk kelahiran terlalu sempit. Kejadian ini berlaku secara semula jadi atau disebabkan kemalangan. Selain itu, kontraksi semasa melahirkan juga salah satu faktor kerana ibu kucing kepenatan dan tiada tenaga.

Anak
Anak dalam kandungan dalam posisi tidak normal atau songsang. Ia juga boleh berlaku jika anak dalam kandungan mengalami hydrocephalus atau kecacatan fetus. Akhir sekali, saiz anak yang besar dan menyukarkan si ibu meneran keluar.

Oleh itu, pantau si bulus anda ketika bersalin untuk memastikan proses berjalan lancar, ibu dan anaknya juga selamat. Hantar ke klinik veterinar dengan kadar segera jika berlaku masalah.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!