E-Collars: Tujuan Kucing Memakai Kolar Kon Di Leher

Type to search

Haimeow Kesihatan

E-Collars: Tujuan Kucing Memakai Kolar Kon Di Leher

Share
e-collars

Anda masih ingat pengalaman menjemput kucing selepas mereka menjalani pembedahan? Sesetengah prosedur pembedahan memerlukan kucing untuk memakai alat perlindungan yang sangat penting. 

Kolar Elizabethan atau lebih dikenali sebagai E-collars adalah sejenis peranti plastik kukuh yang digunakan oleh haiwan, khususnya kucing dan anjing yang mempunyai masalah kesihatan.

Ia berbentuk kon dan diletakkan di sekitar leher kucing untuk mengelakkan kucing terkena kesan luka di tubuh dan mencegah mereka daripada menggaru atau menjilat kecederaan tersebut.

Menurut sejarah terdahulu, nama ‘E-collars’ diambil sempena kolar ropol yang sering dipakai oleh rakyat England pada era Elizabeth (1558-1603).

e-collars

Selain daripada menggunakan e-collars sebagai peranti kesihatan haiwan, anda juga boleh gunakan pada mereka ketika mereka bermain di balkoni atau pintu rumah. Hal ini juga dapat mengelakkan daripada mereka melepasi kawasan tersebut dan mengelakkan mereka jatuh dari tingkat atas.

Ali: Kucing jiran

Seperti kisah pencinta kucing yang selalu berkongsi cerita bersama si bulus yang sering datang ke rumahnya di laman Twitter @frdsh_.

Rumah lelaki tersebut sering dikunjungi kucing-kucing jalanan dan kucing yang dibela oleh jiran di kawasan perumahannya. Salah seekor kucing yang datang adalah Ali.

e-collars
e-collars

Pernah suatu hari Ali datang ‘lepak’ dengan memakai e-collars di leher. Mengikut maklumat pemiliknya, Ali sakit kaki dan doktor menyarankan untuk dia memakai e-collars.

Memandangkan, kawasan perumahan disitu adalah pangsapuri, jadi agak bahaya untuk si bulus lepak di bahagian balkoni. Dengan adannya e-collars, mereka (kucing) tidak dapat melepasi antara palang balkoni. .

Wah bagus jugak kan? Takdalah mereka jatuh.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!