Kucing Anda Berdengkur? Kenal Pasti 5 Faktor Mengapa Ia Berlaku

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kucing Anda Berdengkur? Kenal Pasti 5 Faktor Mengapa Ia Berlaku

Share
dengkur

Main, makan dan tidur merupakan tiga perkara yang sering dilakukan oleh si meow pada setiap hari.

Sedang mereka lena dibuai mimpi, kucing juga turut berdengkur sama seperti manusia tau!

Ada yang berpendapat bahawa ianya normal. Mungkin juga faktor keletihan ataupun kekenyangan melampau, telah menyebabkan si meow tidur sehingga berdengkur.

Namun jika perkara ini kerap berlaku sewaktu si meow tidur, ianya bukanlah sesuatu yang normal kerana mereka berkemungkinan besar mempunyai masalah kesihatan yang tidak diketahui.

Pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi dengkur kucing. Senarai di bawah merupakan antara punca yang boleh dikenalpasti.

 

Jenis Baka Brachycephalic

dengkur

Kucing keturunan brachycephalic seperti Parsi, Burma dan Himalaya sering cenderung untuk tidur berdengkur.

Brachycephalic berasal daripada dua patah perkataan, di mana ‘brachy’ bermaksud dipendekkan dan ‘cephalic’ pula bermaksud kepala. Secara keseluruhannya, kucing jenis Brachycephalic mempunyai tulang kepala yang pendek.

Maka dengan itu, mereka akan mengalami masalah pernafasan, dan mengakibatkan dengkur ketika tidur.

 

Berat Badan Berlebihan

dengkur

Kucing yang berlebihan berat badan mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk berdengkur kerana lebihan lemak yang tersimpan di saluran udara pernafasan.

Sekiranya kucing anda mengalami masalah obesiti, berkemungkinan besar saluran pernafasan mereka tersumbat kerana diselaputi lebihan lemak.

Lemak yang berlebihan boleh menjejaskan organ penting si meow dan juga akan menghalang udara daripada melepasi dengan lancar pada rongga pernafasan kucing.

Jika kucing anda mengalami obesiti, cepat-cepat berikan senaman pada mereka!

 

Masalah Pernafasan Kucing

dengkur

Masalah pernafasan termasuk jangkitan bakteria, kulat dan asma juga boleh menyebabkan dengkur. Antara kesan gejala lain yang boleh dilihat adalah si meow kerap bersin, batuk dan kurang selera makan.

Terdapat beberapa penyakit berkaitan masalah pernafasan kucing. Antaranya adalah

  • Asma
  • Bronkitis dan radang paru-paru
  • Batuk Kutu
  • Alahan

 

Tumor Polip Paranasal

dengkur

Antara punca lain yang perlu diketahui adalah ketumbuhan tumor kecil pada saluran udara yang menghasilkan getaran semasa bernafas. Oleh itu, dengkuran akan berlaku dan mungkin membahayakan sekiranya tidak dirawat.

Penulis nasihatkan anda untuk dapatkan rawatan pakar di klinik vet berhampiran kerana ianya memerlukan rawatan pembedahan.

 

Objek Tersangkut Dalam Mulut

dengkur

Sesekali cuba perhatikan bahagian mulut ataupun hidung kucing anda.

Mungkin ada objek luar yang tersangkut atau terselit di sekitar kawasan itu, sekaligus menyebabkan pergolakan udara pada saluran pernafasan si meow anda.

Pelbagai jenis objek yang boleh tersangkut dan antara yang paling kerap adalah tulang ikan.

 

Sumber: pasapic

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!