Kenali Feline Parvovirus, Penyakit Pembunuh Kucing Yang Tiada Penawar );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Kenali Feline Parvovirus, Penyakit Pembunuh Kucing Yang Tiada Penawar

Share
feline parvovirus kucing

Feline Parvovirus (FPV), juga dikenali sebagai Feline Infectious Enteritis (FIE) dan Feline Panleukopenia, adalah sejenis virus yang sangat degil dan boleh menyababkan penyakit teruk pada kucing, terutamanya anak kucing.

Virus ini sangat lasak dan boleh bertahan di persekitaran untuk jangka masa yang sangat panjang sehingga satu tahun dan pembasmi kuman khas diperlukan untuk membunuhnya.

Majoriti kucing dijangkiti virus FPV daripada persekitaran yang tercemar dengan najis kucing yang telah dijangkiti, dan bukan melalui kontak secara langsung dengan kucing yang dijangkiti.

Walau bagaimanapun jangkitan juga boleh ditularkan secara langsung dari kucing ke kucing, terutamanya di persekitaran yang mempunyai banyak kucing yang bergaul antara satu sama lain seperti di hotel kucing atau kucing-kucing jalanan. feline parvovirus

Kadar kematian yang tinggi

Virus ini tidak boleh menjangkiti manusia atau anjing tetapi canine parvovirus kadang-kadang boleh menjangkiti kucing.

Anak kucing amat mudah diserang FPV, terutamanya ketika antibodi yang diterima daripada susu ibu berkurang pada usian 4 hingga 12 minggu. Kucing dewasa yang tidak divaksin juga berisiko tinggi diserang virus ini. Kadar kematian bagi FPV adalah sangat tinggi.

Tanda-tanda kucing diserang FPV:

  • Kemurungan, tidak mahu makan dan minum
  • Cirit birit berdarah atau tidak berdarah. Najis juga akan menjadi terlalu cair, berlendir dan berbau sangat busuk
  • Suhu badan tidak stabil, ada kala rendah dan ada kala tinggi
  • Dehidrasi
  • Lemah dan tidak bermaya
  • Muntah-muntah

Malangnya, terdapat kes di mana kucing tidak menunjukkan tanda-tanda ini langsung dan mati secara tiba-tiba. feline parvovirus

Sekiranya kucing yang sedang bunting dijangkiti FPV, otak anaknya berisiko untuk rosak. Apabila mereka lahir, mereka akan mempunyai masalah dengan keseimbangan, yang mengakibatkan mereka berjalan terhuyung-hayang.

Anak kucing juga akan mengalami kesukaran untuk menyusu disebabkan kepala mereka bergoyang. Sekiranya kucing sentiasa mengalami masalah fading kitten syndrome, ia mungkin menghidap FPV.

Penyakit yang tiada penawar

Buat masa ini masih tidak ada penawar bagi penyakit FPV tetapi jika penyakit ini dikesan awal, doktor masih boleh merawat simptomnya. Ada juga beberapa kes di mana kucing sembuh dengan rawatan intensif termasuk penjagaan yang baik, terapi cecair dan bantuan makan.

Bagi mereka yang mengambil kucing jalanan untuk dibela, sebaiknya sediakan sebuah bilik khas untuk mengasingkan kucing tersebut dari kucing-kucing lain di rumah.

Vaksinasi adalah kaedah pencegahan utama bagi FPV. Suntikan vaksinasi pertama biasanya bermula pada usia lapan atau sembilan minggu dan suntikan kedua selepas tiga hingga empat minggu kemudian. Kucing dewasa harus menerima suntikan vaksin berkala. Vaksin FPV biasanya digabungkan dengan vaksin penyakit lain, seperti virus selesema. feline parvovirus

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!