Fungus Sporo Bahaya Untuk Kucing Dan Manusia );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Fungus Sporo Bahaya Untuk Kucing Dan Manusia

Share

Apa itu penyakit sporo kucing?

Buat yang tak tahu atau masih baru dalam dunia kucing, penyakit Sporotrichosis atau penyakit sporo ini merupakan jangkitan fungus sporothrix schenckii pada kucing anda.

Ia mudah merebak ke kucing anda dan juga ia boleh merebak dan berjangkit ke manusia juga. Ia merebak melalui sistem lymphatic lalu ke anggota dalaman seperti paru-paru, jantung, otak dan lain-lain.

Kucing, Nyasar, Terluka, Takut, Tersembunyi, Tidak Aman

Penyakit ini amat berbahaya sehingga ia boleh menyebabkan kematian dan sehingga kini masih tiada peratusan untuk sembuh sepenuh walaupun sudah diberi ubat fungus.

Antara simptom dan tanda kucing anda mengalami penyakit sporo ialah berdasarkan kajian mereka mengalami kudis di bahagian badan mereka tetapi ia boleh mengelirukan pakar haiwan kerana ia juga menandakan kucing anda mengalami penyakit lain.

Kucing, Luka-Luka Kucing, Kucing Sakit

Untuk lebih jelas, bawa cebisan kudis tersebut ke veterinar dan biarkan mereka memeriksa dengan lebih jelas. Sementara untuk menuggu keputusan dengan lebih lanjut, perhatikan kucing anda jika mereka mengalami:

1. Kulit terbuka, berair seolah ada ulser di badan,
2. Luka dan bernanah,
3. Hidung mereka juga berkudis,
4. Kerap kali bersin dan jika berkudis, ketika mereka bersin terdapat percikan darah keluar,
5. Sukar bernafas atau hidung tersumbat,
6. Mata berair,
7. Hilang selera makan kerana luka di mulut dan tiada nafsu,
8. Lemah dan kurus.

Antara kawasan yang mudah dijangkiti sporo dan berkudis ialah, kepala, hidung, telinga, kaki dan juga ekor mereka.

Kucing, Licik, Hewan Peliharaan, Orang

Sebab kenapa fungus ini mudah merebak ialah kerana luka yang disebabkan oleh kecederaan apabila kucing anda bergaduh sesama sendiri atau kucing anda terkena objek tajam dan kotor. Jika luka tersebut tidak diubat dengan segera, dikhuatiri kucing anda akan terkena penyakit tersebut.

Kucing, Kesedihan, Sedih

Jika anda sudah mengenal pasti tentang penyakit tersebut, segera asingkan kucing dari anda dan kucing yang lain. Jangan biarkan mereka bersama dan bermain, pastikan makanan dan minuman mereka ada serta dapatkan rawatan dari veterinar dengan segera.

Sumber: Psherbs

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!