Gigi kucing anda tercabut, Perlukah anda risau? );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Gigi kucing anda tercabut, Perlukah anda risau?

Share
gigi kucing

Anda perasan gigi anak kucing anda tercabut, patutkah anda risau?

Antara proses tumbesaran yang akan dilalui oleh setiap orang adalah kehilangan gigi susu dan digantikan dengan gigi kekal. gigi kucing

Untuk pengetahuan anda, bukan manusia sahaja yang melalui proses ini, haiwan termasuk kucing juga turut akan kehilangan gigi susunya ketika membesar.


Baca Juga: Berapa Lama Kucing Boleh Ditinggalkan Bersendirian?


Pada usia beberapa minggu sahaja, gigi susu anak kucing akan mula tumbuh.

Gigi hadapan adalah yang pertama yang akan kelihatan iaitu sekitar usia 2-4 minggu. Gigi belakangnya yang lebih besar pula akan muncul paling lewat sekali sekitar usia 5-6 minggu.

Keseluruhan jumlah gigi anak kucing adalah 26.

Sekitar umur 4-7 bulan, gigi kekal akan mula tumbuh untuk menggantikan gigi susu.

Anda kemungkinan tidak perasan gigi susu mereka hilang, kerana ia sering tercabut semasa sedang makan atau semasa ia bermain.

Sebelum ulang tahun kelahiran pertamanya, kucing sepatutnya mempunyai 30 gigi batang gigi kekal.

Apa yang akan jadi jika gigi susu anak kucing tidak tercabut?

Antara masalah gigi yang paling biasa dihadapi oleh anak kucing ialah gigi susunya tidak tercabut.

Jika gigi susu tidak tercabut semasa gigi kekal mula tumbuh, ia boleh mengakibatkan kedudukan dan gigitan gigi yang tidak normal, pembentukan karang gigi dan plak, dan juga abses.

Tetapi kebiasanya kucing tidak akan mendapat komplikasi jika gigi susu yang tidak tercabut dicabut dengan segera oleh doktor haiwan.

gigi kucing gigi kucing

Adakah normal bagi kucing dewasa kehilangan gigi?

Adalah tidak normal bagi kucing dewasa untuk kehilangan sebarang gigi.

Bagi kucing dewasa, kehilangan gigi boleh berlaku pada kucing yang mengalami masalah gigi yang teruk.

Penyakit gigi dan kehilangan gigi pada kucing dewasa

Walaupun kucing tidak mengalami masalah kaviti seperti manusia, ini tidak menjadikan mereka terkecuali daripada penyakit gigi dan juga kehilangan gigi.

Malah, masalah gigi adalah penyakit yang biasa bagi kucing dengan kira-kira dua pertiga kucing yang berumur lebih dari 3 tahun mempunyai masalah gigi.

Namun, tidak semua kes kehilangan gigi adalah disebabkan oleh penyakit gigi, dan tidak semua penyakit gigi mengakibatkan kehilangan gigi.

Seperti manusia, kucing juga mengumpul plak bakteria pada permukaan gigi mereka. Jika plak tidak disingkirkan dengan cepat, ia akan menjadi mineral yang membentuk tartar dan kalkulus.

Jika masalah gigi berjaya dikesan pada peringkat awal, rawatan scaling dan polishing yang menyeluruh mungkin dapat menyelamatkan kebanyakan gigi kucing anda.

Walau bagaimanapun, jika gingivitis (radang gusi) dibiarkan berterusan tanpa rawatan, maka kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada tulang dan ligamen yang menyokong gigi akan membawa kepada pergerakan gigi yang berlebihan dan akhirnya menyebabkan gigi tercabut.

Jika anda sedar bahawa kucing dewasa anda kehilangan gigi, atau anda menjumpai gigi kucing anda di sekeliling rumah, sila dapatkan rawatan veterinar, kerana ini adalah tanda utama penyakit gigi yang menyakitkan.

[Sumber: PetMD]

Baca Juga: Kucing Selalu Jalan Di Kaki Sebab Saja Nak Bagi Anda Tersadung? Ini Rupanya Sebab Si Bulus Buat Begitu.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!